Jumaat, Jun 26, 2009

KPLB SUSUN PELBAGAI PROGRAM BANGUNKAN USAHAWAN DESA - EWON

image KOTA KINABALU, 25th June, 2009: Kementerian Pemba-ngunan Luar Bandar (KPLB) menyusun pelbagai program untuk membangunkan usahawan desa di luar bandar dalam usaha membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh daripada kadar kemiskinan keseluruhan menjelang tahun 2010.

Menterinya, Datuk Dr.Ewon Ebin, berkata antara program itu ialah kursus jahitan, kursus makanan terpilih, kursus kemahiran kraftangan dan program Satu Daerah Satu Porduk.

“Ia bertujuan meningkatkan pendapatan masyarkat luar bandar dan memberi tambah nilai kepada hasil pertanian selain membentuk usahawan peringkat akar umbi,” katanya.

“Masih banyak perkara yang harus diberi tumpuan untuk memajukan usahawan-usahawan bumiputera kecil di Sabah.

“Negeri ini masih mempunyai tanah yang luas dan perlu dimanfaatkan secara berkesan. Salah satu strategi penting ialah memajukan sektor pertanian. saya percaya sektor ini amat berdaya saing dan perlu diberikan penekanan sewajarnya,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan