Ranau : Bertempat di dewan makan SK Kituntul telah diadakan Majlis Tandatangan Buku Rekod Dan Penyerahan KWAPM bagi murid Tahun 2 hingga tahun 6.
Majlis penyerahan bantuan KWAPM telah di rasmikan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Puan Rapedah Hasan.
Seramai 90 orang murid daripada 116 orang murid telah menerima bantuan pada hari ini.
Ibubapa yang datang berjumpa dengan guru untuk menandatangani dan mendengar sendiri laporan prestasi anak masing-masing.
Ucapan oleh Guru Besar SK Kituntul En. Asmat Abu Kassim.
Ucapan daripada wakil PPD Ranau Puan Rapedah Hasan yang menekankan kepada ibubapa dan murid betapa penting pendidikan dan juga memastikan bantuan KWAPM di gunakan sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi pendidkan anak-anak sejajar dengan matlamat dan tujuan KWAPM di berikan.
Penyerahan cenderakenangan oleh guru besar kepada perasmi majlis.
Penyerahan bantuan KWAPM kepada ibubapa yang merupakan wakil anak-anak mereka untuk menerima bantuan kerajaan.
Majlis makan selepas acara berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan