"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan,"
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
"Sebaliknya kita (PAS) mendengar sesuatu saranan dan suara anggota terbanyak melalui perbincangan secara berjemaah. Jadi, persoalan itu setakat ini tidak berbangkit lagi kerana tidak dibincangkan secara rasmi,"
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
-
"Kita tak nak masuk campur urusan parti itu. Tetapi apabila seseorang mengemukakan pandangan terutamanya dari segi perpaduan, takkanlah orang itu harus kita ketepikan sebagai pemimpin lagipun Nasharuddin dipilih oleh parti itu sendiri bukannya dipilih oleh Menteri Besar Kelantan,"
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
-
"Rakyat Malaysia ini dua pertiga adalah bumiputera manakala satu pertiga lagi adalah Cina, India dan kaum lain.
"Perpaduan di kalangan pucuk pimpinan dan perpaduan dua parti khasnya PAS dan Umno bukan hanya menguntungkan dua pertiga penduduk Malaysia bumiputera Melayu Islam tetapi juga membawa kesan positif kepada satu pertiga penduduk bukan Melayu,"
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan
-
"Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan,"
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan