Sabtu, Mei 23, 2009

RM2.62 JUTA UNTUK SELARAS HARGA BARANGAN DI PEDALAMAN SABAH

KINABATANGAN, 22 Mei (Bernama) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperuntukkan RM2.62 juta bagi menyelaras harga barangan bersubsidi antara bandar dan luar bandar di Sabah.

image Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penyelarasan harga barangan itu dilaksanakan bagi meringankan bebanan kos hidup masyarakat di luar bandar.

"Tidak adil untuk penduduk luar bandar membeli barang keperluan pada harga yang tinggi berbanding penduduk di bandar yang jauh lebih berkemampuan tetapi membeli barang keperluan pada harga rendah", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pengedaran Barangan Bersubsidi, Penyeragaman Harga Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Komuniti Drumming di Daerah Kecil Tongod di sini Jumaaat.

Ismail Sabri berkata peruntukan itu meliputi projek komuniti drumming, rebet tunai harga minyak untuk pemilik bot enjin sangkut, subsidi harga LPG bagi sektor pengangkutan di kawasan luar bandar dan subsidi minyak tanah di Sabah.

Katanya pihaknya telah menyediakan peruntukan RM42.2 juta sebagai kos subsidi bagi menyeragamkan harga barangan keperluan di seluruh negara.

image Mengenai projek komuniti drumming atau penjualan minyak petrol-diesel melalui tong drum yang diperkenalkan di Sabah, Ismail Sabri berkata ia adalah formula baru untuk menyelaraskan harga minyak petrol dan diesel di kawasan bandar dan luar bandar.

image Katanya projek itu bagi menggantikan penjualan minyak petrol dan diesel di kawasan luar bandar yang menggunakan drum, gelen dan botol serta diusahakan oleh peniaga tidak berlesen.

"Maka tidak hairanlah harga petrol di kawasan luar bandar di Sabah adalah tinggi sehingga mencecah RM2.50 seliter berbanding RM1.80," katanya.

image Sebagai permulaan, katanya, pihaknya telah melantik 11 peniaga di Kinabatangan dan Beluran untuk membekalkan minyak melalui komuniti drumming dan ditanggung oleh Petronas Dagang Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan