"Pemimpin kita yang dikasihi masih hidup dan selamat. Dia akan terus memimpin perjuangan untuk mempertahankan maruah dan kebebasan kaum Tamil,"
"Kami menafikan laporan mengenai kematian beliau,"
Ketua perhubungan antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan
-
Televisyen kerajaan Sri Lanka hari ini menyiarkan gambar video merakamkan apa yang didakwa sebagai mayat pemimpin pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Vellupillai Prabhakaran.
Rakaman itu disiarkan selepas Panglima Tentera Sri Lanka, Leftenan Jeneral Sarath Fonseka mengumumkan beliau "berasa gembira kerana dapat mengesahkan pemimpin pengganas kejam, Prabhakaran telah dibunuh."
Menurut Fonseka, mayat berkenaan telah dikenal pasti awal hari ini sebagai mayat Prabhakaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan