Isnin, Mei 18, 2009

GUNA IMBASAN SATELIT KESAN BOM PENINGGALAN PERANG DUNIA KE DUA

image KENINGAU: Masyarakat di daerah ini mencadangkan kepada pihak keselamatan, supaya melakukan imbasan satelit ke atas tapak pembinaan pe-rumahan yang berisiko peninggalan bom, ketika perang dunia kedua.

imageBerdasarkan lakaran penduduk veteran, tapak itu di antara salah satu markas lojistik tentera Jepun, yang dipercayai dijadikan penyimpanan makanan dan peralatan perang.

“Mungkin banyak bom atau bahan peletup yang tersorok di dasar tanah di situ,” andai seorang penduduk, yang mahu pihak berkuasa supaya tidak memandang remeh kebimbangan penduduk.

“Bayangkan kawasan itu tiba-tiba meletup ketika pembangunan telah dibuat,”

image Kira-kira dua minggu yang lalu, sebuah bom seberat 250Ib yang mempunyai kekuatan 800 meter jarak bahaya.

Bom peninggalan perang dunia kedua dipercayai milik tentera bersekutu itu, diklifikasikan sebagai UXO Bom dan merupakan ‘bom pembakar’.

“Pemaju keluarkan perbelanjaan, dan keselamatan uruskan keperluan teknikal,” cadang seorang pesara tentera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan