Jumaat, April 10, 2009

PEGAWAI KERAJAAN WAJAR TURUN PADANG JAYAKAN PROGRAM PPRT

N12JainabKOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Pegawai kerajaan, termasuk pegawai daerah yang bertanggungjawab menjayakan program pembasmian rakyat termiskin (PPRT) disaran supaya turun padang untuk berjumpa dengan golongan sasar bagi memudahkan penyaluran bantuan yang diperlukan.

Pembantu Menteri Perindustrian Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata amalan lama yang menyaksikan pegawai kerajaan hanya menunggu rakyat termiskin datang sendiri ke pejabat untuk mendaftar bagi mendapatkan bantuan kerajaan tidak lagi sesuai diguna pakai.

"Rakyat sekarang mahukan pembaharuan. Sepatutnya pegawai kerajaan lah yang turun padang, bantu mereka mengisi borang dan seterusnya memproses permohonan bantuan dalam tempoh yang berpatutan.

"Ada di kalangan mereka ini tinggal jauh di luar bandar, tidak berpendidikan tinggi dan tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Kita tak mahu ada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan atau mengikuti latihan termasuk bantuan Giatmara," katanya.

Jainab berkata pendekatan baru itu penting bagi menjayakan wawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat jentera pentadbiran kerajaan termasuk di peringkat akar umbi memenuhi tuntutan semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan