Jumaat, April 10, 2009

PENDUDUK SABAH MINTA DIBERI SEDIKIT KEISTIMEWAAN PEMBANGUNAN - BUNG

Bung Mokhtar RadinSANDAKAN, 10 April (Bernama) -- Penduduk Sabah berharap agar diberikan sedikit keistimewaan daripada segi peruntukan pembangunan kerana negeri itu agak ketinggalan berbanding negeri lain.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata mesej itu berdasarkan kepada senario pilihan raya baru-baru ini yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Harapan penduduk negeri ini adalah pembangunan seimbang dapat diwujudkan terutamanya bagi pembinaan jalan-jalan kampung, bekalan air bersih serta elektrik," katanya di sini malam tadi pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti bulan lepas.

Bung Moktar berkata beliau bimbang jika tuntutan itu tidak dipenuhi, pada masa akan datang rakyat tidak lagi berpihak kepada BN dan ini akan menyukarkan parti pemerintah untuk mengerakkan hasratnya secara menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan