Rabu, April 08, 2009

KEGIATAN AMBIL TANAH BUKIT BOLEH JEJAS SUHU

KOTA KINABALU: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) mengesahkan kegiatan pengambilan dan pemindahan tanah bukit di kawasan diliputi tumbuhan asal boleh menyebabkan peningkatan julat suhu seperti berlaku di Teluk Sepanggar, dekat sini.

yabi yangkat Pengarahnya, Yabi Yangkat, berkata kegiatan itu turut memberi kesan kepada ketidakseimbangan ekologi sehingga mendorong pemanasan luar biasa dan banjir kilat di kawasan berkenaan.

Katanya, Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) diperlukan oleh individu atau syarikat yang mengambil atau memindahkan tanah mencapai 40,000 meter padu di sesuatu kawasan untuk kegiatan pertanian, perindustrian dan pembinaan taman perumahan.

"Saya akan minta Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPAS, Dessy Aloysius menyiasat kes pengambilan dan pemindahan tanah bukit di Teluk Sepanggar bagi menentukan sama ada ia mematuhi EIA atau sebaliknya," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Yabi berkata, peningkatan julat suhu tidak berlaku sekiranya tanah bukit berkenaan diliputi bukan tumbuhan asal atau tumbuhan sekunder.

Katanya, pengambilan dan pemindahan tanah bukit perlu mendapat kelulusan Pegawai Daerah yang juga Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah masing-masing mengikut Ordinan Tanah Sabah.

n_pg25masidi Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun mengenai kegiatan pengambilan dan pemindahan tanah bukit di Teluk Sepanggar yang perlu dikawal bagi mengelak peningkatan julat suhu hingga berlaku fenomena pemanasan luar biasa dan banjir kilat.

Ramzah Dambul (Dr) Sebelum ini, Pakar Klimatologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Ramzah Dambul, dilaporkan berkata, julat suhu di Teluk Sepanggar mencecah 36 darjah Celsius, melebihi paras normal 28 hingga 31 darjah Celsius.

Ia mengatasi julat normal bagi negara Khatulistiwa, iaitu 21 hingga 35 darjah Celsius.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan