Rabu, April 08, 2009

KUMPULAN BAKAR BENDERA SABAH KERANA TERDESAK

sabah

KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki yang dipercayai membakar bendera Sabah dalam perhimpunan haram di Lahad Datu, Sabtu lalu, dipercayai kecewa kerana mendakwa tidak diberi peluang merebut peluang ekonomi.

Ia ditambah dengan tindakan pihak tertentu yang dipercayai mengapi-apikan mereka dengan mendakwa kumpulan terbabit selaku waris Kesultanan Sulu tidak diberikan peluang memiliki kekayaan di Sabah.

Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi, berkata beliau mengenali pihak terbabit dan percaya tindakan mereka bukan kerana menuntut kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu, sebaliknya lebih didorong ketidakpuasan hati terhadap dakwaan berkenaan.

"Tindakan mereka lebih bersifat peribadi, bukannya kerana ingin menuntut Sabah sebagai wilayah yang didakwa sebagai hak Kesultanan Sulu.

"Saya kecewa dengan tindakan mereka. Saya meminta polis menjalankan siasatan rapi kejadian itu. Kumpulan terbabit berada dalam keadaan terdesak kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan