PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 53,512 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
Pemilih berdaftar digalakkan menyemak Daftar Pemilih Induk 2008 bagi tujuan membuat pembetulan bagi apa-apa kesilapan data melibatkan ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina, nombor rumah pemilih dan sebagainya.
"Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pendataan, pemilih bolehlah membuat pembetulan dengan menghantarkan pembetulan tersebut ke alamat e-mel: info@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," kata Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said.
Orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan