KOTA KINABALU: Pelabur Sepanyol berminat menanam modal di Sabah, terutama dalam bidang pembekalan bahan menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelancongan berdasarkan kepakaran mereka dalam bidang berkenaan.
Dalam perjumpaan itu, Ewon menjelaskan peluang pelaburan dalam sektor perkilangan di negeri ini, terutama yang disediakan kerajaan negeri di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini dan potensi pelaburan dalam sektor pelancongan, perikanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian serta penternakan.
“jumlah perdagangan antara Sabah dengan Sepanyol tahun lalu bernilai RM90 juta dengan import utama adalah besi dan keluli serta jentera manakala eksport utama ialah minyak sawit.”
“kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif untuk pelabur asing dan setakat ini hanya ada satu syarikat dari Sepanyol melabur dalam bidang penyediaan sistem kawalan lalu lintas di bandar raya ini.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan