Sabtu, Mac 07, 2009

DEDAH REKOD PERANGAI PELAJAR

copy069  KUALA LUMPUR 6 Mac - Pihak sekolah dan warden asrama perlu mendedahkan rekod tingkah laku setiap pelajar kepada ibu bapa dari semasa ke semasa.

Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud berkata, jika rekod pelajar dipantau oleh ibu bapa sendiri, gejala samseng di kalangan pelajar dapat dikurangkan.

''Budaya prihatin oleh ibu bapa terhadap anak-anak kini semakin kurang. Mereka seperti menyerahkan 100 peratus jagaan anak kepada pihak sekolah,''

"Tetapi ini tidak, jika anak-anak menghadapi masalah disiplin atau menjadi mangsa gangsterisme di sekolah, barulah ibu bapa melatah dan terus menyalahkan pihak sekolah dan seterusnya kementerian,"

"Pelajar sekarang sudah tidak takut lagi dengan guru disiplin, kenapa perkara itu berlaku? Justeru pihak sekolah harus mengenal pasti punca-puncanya,"

"Mereka sanggup bertindak secara fizikal bagi menunjukkan siapa kuat dengan harapan akan dipuji oleh rakan sebaya tanpa menjangka kesannya," kata penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan