KOTA KINABALU: Fenomena pemanasan global dijangka meningkatkan julat suhu tanah tinggi Kundasang di Ranau kepada antara 32 hingga 46 darjah Celsius pada tahun 2057 berbanding antara 16 hingga 23 darjah Celsius sekarang.
Pakar Klimatologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, Dr Ramzah Dambul, berkata perubahan mendadak julat suhu itu berbeza dengan perubahan julat suhu 0.5 darjah Celsius dalam tempoh 20 tahun lalu.
"Kawasan diramal dilanda pemanasan global di Sabah adalah tanah tinggi Kundasang berikutan cuaca sejuk yang mendedahkan daerah itu kepada fenomena berkenaan,"
"Kita perlu mengurangkan kegiatan penebangan pokok untuk kegiatan pertanian dan penternakan di tanah tinggi Kundasang kerana ia adalah faktor peningkatan julat suhu yang berkait rapat dengan pemanasan global.”
"Satu lagi fenomena yang dibimbangi adalah kekerapan banjir yang mungkin ada kaitan dengan fenomena pemanasan global,"
ya
BalasPadamkita jangan pandai main cakap saja tapi tindakan langsung tiada.
tiada orang yang mau kerjasama kalau buat kerja macam melepas batuk di tangga sahaja.
"Pemanasan global adalah meningkatnya suhu rata-rata permukaan bumi sebagai akibat meningkatnya jumlah Gas Rumah Kaca di atmosfera. Menurut Budianto (2000:195) dalam Rajaguguk, E dan Ridwan K (2001) perubahan iklim global sebagai peristiwa naiknya intensiti kesan rumah kaca yang terjadi kerana adanya gas dalam atmosfera yang menyerap sinar panas iaitu sinar infra merah dan bahangan bumi"
BalasPadam...."Kita perlu mengurangkan kegiatan penebangan pokok untuk kegiatan pertanian dan penternakan di tanah tinggi Kundasang kerana ia adalah faktor peningkatan julat suhu yang berkait rapat dengan pemanasan global.”.... Sekadar bertanya.... tidakkah aktiviti pertanian di kaki gunung kinabalu/ kundasang tadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesan pemanasan global berbanding tidak ada aktiviti pertanian?
Setujukah sekiranya faktor penyebab kepada peningkatan suhu atau pemanasan global tadi adalah lebih disumbangkan oleh aktiviti pembinaan pusat-pusat peranginan, kemudahan penginapan deretan kedai di kundasang dan pekan ranau itu sendiri.....