Selasa, November 13, 2012

SABAH CATAT JUMLAH KES TALASEMIA TERTINGGI

----------------------------

Sabah catat jumlah kes Talasemia tertinggi

KOTA KINABALU 11/11/2012: Sabah mencatatkan jumlah kes Talasemia tertinggi dengan 1,433 pesakit didaftarkan sehingga Oktober tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Mohd Yusof Ibrahim.

Katanya, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah men- catatkan kedudukan tertinggi iaitu seramai 264 pesakit, diikiti oleh Hospital Queen Elizabeth seramai 237pesakit dan ketiga tertinggi adalah seramai 163 pesakit di Hospital Duc- hess of Kent, Sandakan.

“Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kesihatan Ne- geri sentiasa mengambil inisiatif untuk menurunkan kadar kes Talasemia sehingga mencapai sifar talasemia da- lam masa 10 hingga 15 tahun nanti,”kata Yusof di dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Bengkel Ibu Bapa Warga Talasemia Sabah 2012, selaku mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosmah Abdul Rashid Shirlin, di sini, kelmarin.

Juga katanya, Jabatan Kesihatan Sabah yang begitu prihatin dengan keadaan ini berhasrat untuk mewujudkan sebuah pusat asasi khas bagi membantu mengawal, mera- wati dan menjalani penyelidikan berkenaan Talasemia.

Dalam pada itu katanya, semua pihak, harus bersatu hatidan berusaha dalam membantu mengurangkan bilangan kes pesakit Talasemia di ne- geri ini.

“Sebagai langkah utama untuk mencapai matlamat ini, rakyat Sabah diseru untuk menjalankan pengesanan awal terhadap penyakit ini me- lalui ujian saringan yang disediakan di kesemua 88 klinik kesihatan di seluruh negeri ini,” katanya.

Juga katanya, pasangan- pasangan muda yang ingin berkahwin dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan awal bagi mengesan penyakit ini.

Katanya, usaha menggalakkan golongan bukan Islam untuk menjalani ujian saringan sebelum berkahwin harus ditingkatkan memandangkan golongan yang beragama Islam telah pun diwajibkan menyertai kursus dan bimbingan pra-perkahwinan termasuklah dikehendaki menjalani ujian saringan HIV dan Talasemia.

“Jabatan Kesihatan bersedia untuk menganjur atau menjalankan program secara usahasama bersama dengan pertubuhan bukan Islam sebagai contoh, gereja dan sebagainya seperti mana yang sedang dilakukan bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini,”

“Semoga dengan usaha ini akan dapat menjadikan Sabah sebagai negeri pertama yang mewajibkan saringan pra- perkahwinan ke atas penyakit Talasemia,” katanya.

Dalam pada itu bagi pasangan yang sudah berkahwin, negeri Sabah kini sudah mempunyai beberapa doktor pakar yang dapat mengesan penyakit ini ke atas bayi seawal usia lima bulan di dalam kandungan ibunya, katanya.

Mengambil contoh negara jiran, Singapura, Yusof menyatakan negara tersebut telah berjaya menurunkan kes Talasemia major kepada tiga kes setahun sejak ujian saringan penduduk pada tahun 1980 dan ujian saringan ibu mengandung pada tahun 1990 dilaksanakan.

Selain itu, Yusof menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak-anak penghidap Talasemia supaya memberi- kan rawatan dan jagaan yang sepenuhnya kepada anak- anak ini.

Katanya, dengan teknologi dan ubatan yang ada kini umur anak-anak penghidap Talasemia berkemungkinan besar akan dapat dipanjang- kan jika mereka menerima rawatan yang secukupnya.

“Malah, terdapat juga pesakit-pesakit yang berjaya menjadi normal seperti biasa apabila meningkat dewasa setelah mendapat perhatian, jagaaan dan rawatan yang secukupnya,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Persatuan Talasemia Sabah cawangan Kota Kinabalu, Jenifer Lee, Persatuannya telah mengambil inisiatif dalam membantu Kerajaan khususnya pihak Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah penyakit ini dengan mengadakan pelbagai program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai serta menyeru orang ramai supaya menjalani sarinagan Talasemia di klinik dan hospital Kerajaan terdekat.

“Hal ini bagi memastikan individu tersebut adalah pembawa gen Talasemia atau sebaliknya,” katanya.

Selain itu katanya, Beng- kel Ibu Bapa Warga Talasemia yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan memberikan pendedahan positif kepada ibu bapa warga Talasemia terutam- nya dari aspek kawalan dan pencegahan.

“Diharap usaha ini akan dapat meningkatkan kese- daran kepada semua ibu bapa akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu meringankan kesakitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh pesakit Talasemia,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Adlan Suhaimi Ahmad, Presiden Persatuan Talasemia Negeri Sabah, Francis Mujim, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Tan Bee Hwai dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Datuk Dr. Soo Thian Lian.

-----------------------

Penghidap diabetis meningkat di Labuan

1,433 thalassaemia patients in Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan