Ikhlas: 50% peniaga asing ada MyKad, Pasport palsu
Ridzuan (tengah) bersama ahli persatuan Ikhlas yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Travers, Bangsar, di ibu negara semalam.
KUALA LUMPUR 3/10/2012- Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari ini.
HIDAYAH HAIROM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan