Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan
WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.
Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.
Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.
Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.
Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.
Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.
Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet.
Betulkah macam ini? Boleh percayakah tidak maklumat ini?
BalasPadamMemang boleh percaya bah tu
Padammaklumat macam ini mungkin betu mengkin juga tidak.
Padambahaya la kalau macam tu
BalasPadamkalau ini benar ia akan menyusahkan banyak pihak.
PadamMemang hebat penggodam antarabangsa ni.
BalasPadamLayarilah laman web yang tertera. mungkin boleh membantu.
BalasPadampenggodam ni gunakanlah ilmu tu untuk kebaikan.
BalasPadamselalunya penggodam akan menimbulkan masalah kepada pengguna yang lain.
PadamThis will definitely bring a lot of inconveniences to the country.
BalasPadamkenalah kita bersedia......
Padamsaya harap komputer saya tidak kena pula
BalasPadammemang susah untuk menggelakan perkara ini daripada berlaku. semua harus bersedia.
BalasPadamsebaiknya semua pihak sentiasa bersedia.
Padamsejauhmanakah kesahihan maklumat ini? adakah pihak yang oleh mengesahkannya?
BalasPadamPengodam inilah yang sangat bahaya. Harap mereka ini akan dapat ditewaskan.
BalasPadamgood info.. saya harap masalah itu tidaklah kritikal seperti yang dijangkakan..
BalasPadam