Rabu, Disember 07, 2011

BANTUAN RM500 PERLU PENGESAHAN JKKK – ISA

Bantuan RM500 perlu pengesahan JKKK

image Dec 6, 2011 KANGAR - Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.

"Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.

"Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN," katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana  perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Md Isa berkata, semua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.

12 ulasan:

  1. Harap JKKK tempatan akan memberi kerjasama supaya melancarkan bantuan ini kepada rakyat.

    BalasPadam
  2. Keluarga miskin yang ingin mendapatkan bantuan dengan lebih cepat lagi perlulah berurusan terus dengan LHDN.

    BalasPadam
  3. dalam hal ini, JKKK kena memberi kerjasama dalam menbantu mereka yang berpendapatan rendah dalam mendapatkan bantuan.

    BalasPadam
  4. tapi adalah lebih wajar jika mereka berurusan terus dgn LHDN, terlalu byk prosedur hnya melambatkan proses.

    BalasPadam
  5. biarlah prosesnya tidak terlalu rumit dan menyusahkan penerima bantuan terutamanya yang tinggal jauh di kawasan luar bandar..

    BalasPadam
  6. harap ini akan dapat melancarkan proses pemberian bantuan RM500 tersebut.

    BalasPadam
  7. yang penting pastikan semua yang layak akan mendapat bantuan tersebut.

    BalasPadam
  8. semua ini dilakukan demi untuk memastikan mereka yang memohon benar2 layak dan tiada pemalsuan butir2 diri. jika yang memohon ada memberikan butir2 diri dan keluarga yang tidak tepat, JKKK secara automatik dapat kenalpasti dan beliau tidak akan mengesahkannya.

    BalasPadam
  9. dalam soal wang ni memang perlu diuruskan dengan baik sebab orang akan melakukan apa saja semata-mata untuk wang termasuklah menipu.

    BalasPadam
  10. Itulah yang kita harapkan.. Semoga mereka yang berkelayakan tidak akan tercicir dari senarai.

    BalasPadam
  11. Semoga bantuan ini mencapai sasaran mereka untuk membantu isu rumah yang berpendapatan dibawah RM3000.

    BalasPadam
  12. Pastikan yang benar2 layak dan memerlukan bantuan tersebut saja yang menerima.

    BalasPadam