PEMBURUAN JERUNG DIHARAMKAN DI SABAH AWAL TAHUN DEPAN
KOTA KINABALU 13th October, 2011: Menjelang awal tahun depan, pemburuan jerung dijangka diharamkan di Sabah, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun kelmarin.
Beliau berkata kementeriannya sudah pun menyiapkan kertas kerja untuk melaksanakan pengharaman total ke atas pemburuan segala jenis jerung di negeri ini.
“Permintaan kami adalah mudah. Kami tidak mendesak pengharaman itu meliputi seluruh negara. Hanya di Sabah.
“Kami mahu Akta Perikanan memasukkan satu peruntukan di mana semua bentuk buruan jerung atau perusahaan mendapatkan sirip jerung diharamkan di Sabah,”
katanya kepada pemberita selepas menyaksikan kempen kesedaran membanteras buruan jerung untuk tujuan hidangan, ‘Say No To Shark Fin Soup’ di sini.
Masidi berkata jerung kebanyakannya terdapat di perairan di luar pantai Tawau, Semporna dan Kudat dan menarik perhatian penyelam dari serata dunia dan industri menyelam menghasilkan pendapatan RM192.5 juta kepada Sabah tahun lepas.
Tindakan yang baik daripada kerajaan untuk mengharamkan pemburauan Jerung. Sokong 100%
BalasPadamSemoga semua pihak akan bekerjasama.
BalasPadamAmbil tindakan tegas kepada mereka yang ingkar.
BalasPadamGood effort to prevent the sharks' extinction.
BalasPadampengharaman ini mmg perlu, jerung kini pun semakin pupus.
BalasPadambiarlah spesis2 jerung ini terus dipelihara dan dilindungi. pemburuan jerung sebenarnya hanya menguntungkan pihak2 tertentu saja.
BalasPadamlepas ni mungkin restoran yang menyediakan menu berasaskan ikan jerung akan kurang pendapatan. tidak hairan kalau ada yang akan sanggup mengimport dari luar negara.
BalasPadamini langkah yang baik bagi mengekalkan ekosistem yang ada..
BalasPadamspesis jerung yang ada di perairan kita menjadi tarikan penyelam..jadi memang wajar ianya dilindungi.
BalasPadamharamkan saja.. ada banyak lagi sumber makanan lain selain jerung..
BalasPadamNampaknya selepas ini pengemar sirip jerung terpaksa import dari luar. Negara kita akan mengharamkan pemburuan jerung pada akan datang.
BalasPadamIni bagi mengelak kepupusan berlaku kepada jerung kita di Malaysia. Jika pemburuan jerung berterusan pasti perkara ini akan berlaku. Jumlah jerung tidak sebanyak ikan lain, kepupusan pasti akan berlaku jika tidak dikawal sebaiknya.
BalasPadam