Khamis, Oktober 13, 2011

LEBIH 300,000 PATAI DI SABAH ?

TANPA PENGUNDI HANTU, TIDAK ADA KERAJAAN NEGERI.

AUDIO TEMURAMAH RADIOFREESARAWAK

IC PROJEK….Buku berharga RM1,000 sebuah edisi khas mengandungi segala X-Files Ops Gembleng yang dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk Kudita Politik. Mantan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang menjadi ‘Kambing Hitam’ kerana ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akob Damsah @ Yakub Damsah, 57, mendesak Kerajaan Malaysia bertanggung jawab di atas penganiayaan yang dilakukan kerajaan BN ke atas 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk beliau pada 1995. Yakub menunjukkan simbolik betapa murahnya Mykad berlatar belakang Mykad Ansar, Setiausaha Agung DPIM.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

RADIO Free Sarawak (RFS) telah mengadakan wawancara secara langsung dengan C.E.O merangkap Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D berhubung isu kerakyatan songsang dan IC Projek pada 10 Oktober dan rakaman wawancara boleh dimuat turun melalui podcast RadioFreeSarawak mulai 11 Oktober 2012.

Berikut transkripsi penuh wawancara berkenaan yang disediakan khas buat pembaca Sabahkini.net yang tidak dapat mendengar wawancara berkenaan kerana masalah bandwith atau talian internet.

RFS : Boleh saudara nyatakan pandangan berhubung isu kerakyatan songsang dan IC Projek yang melanda Sabah dan kini menjadi ancaman Negara?

MUTALIB : Bermula dari tahun 1970-an, hello!, iaitu ketika zaman Tun Mustapha, ini bukan isu yang baru. Selepas merdeka, Jabatan Pendaftaran Negara telah mula merekrut melalui sindiket-sindiket tertentu. Itu semua telah saya sebutkan dalam empat buah buku iaitu buku pertama IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah; yang kedua Pengundi Untuk Disewa; yang ketiga IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan yang keempat 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

Isu IC ini, sewajarnya kerajaan, sepatutnya mengakui dan tidak perlu berdolak dalih kerana pada 1995 Kerajaan Persekutuan telah menangkap 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 orang awam di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ini bermakna mereka mengakui sindiket ini berlaku.

Tetapi sayangnya mereka tidak menarik kembali IC yang telah dikeluarkan iaitu lebih kurang 322,903 kepada warga asing, sama ada Indonesia, Filipina, India atau Pakistan. Tetapi selepas itu, pada, kalau saya tidak silap pada 1996, kerajaan telah mengeluarkan satu surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara telah menarik balik seramai 16,693 kad pengenalan iaitu yang bermula H0492001 sehinggalah H0553999 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendataran Negara yang ditandatangani oleh Wan Md Arif Wan Ismail.

Jadi persoalan sekarang ialah kerajaan mengakui wujudnya benda ini, tetapi oleh kerana faktor politik, perkara ini didiamkan begitu saja. Jadi kalau untuk mengetahui lebih lanjut saya ada satu blog tentang IC Palsu.

Ada dua keadaan iaitu http://mutalibmd.blogspot.com kita boleh layari dari sana, pasal saya telah dipanggil oleh Jawatankuasa Select Comittee untuk membentangkan isu ini di Parlimen iaitu pada 26 Februari tahun 2007 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Gilok Dompok pada ketika itu dan turut hadir ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.

Jadi sekarang saya telah dedahkan begitu juga dengan saudara saya Datuk Wilfred Mojilip Bumburing telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri dan beberapa orang lain yang turut serta termasuk Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Patrick Sindu dan saya sendiri telah menghantar memorandum dan buku keseluruhannya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sekarang dan bekas Perdana Menteri yang lalu. Jadi sekarang ini bukanlah satu rahsia lagi.

RFS : Dan adakah seperti soalan ini masalah IC ini di Sabah, adakah ia berlaku di Sabah saja dan mungkin juga ianya berlaku di kawasan-kawasan lain seperti di Sarawak dan Semenanjung?

MUTALIB :Yang saya boleh katakan ialah Sabah menjadi Kilang ataupun ‘Factory’ melalui sindiket berkenaan untuk memproses kad pengenalan tersebut kerana beberapa cara iaitu sama ada melalui sindiket yang menggunakan borang Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS) iaitu untuk mendaftar sesiapa saja dengan bayaran RM10 setem duti. Segala-galanya ada saya nyatakan di dalam buku saya yang terakhir iaitu 007-Lelaki Malaysia Terakhir. Oleh kerana benda ini telah direkrut di Sabah dan kebanyakan Pengundi telah bertebaran, terutama orang Pakistan telah bertebar sehingga ke Semenanjung dan Sarawak.

RFS : Dan kenapa ini maksudnya sekarang ini masih ramai lagi di mana masalah yang ditanggungi oleh kita terutamanya dalam hal mengundi ini, kerana yang melibatkan Pendatang Asing seperti yang paling dekat dengan Sabah iaitu Filipina sendiri sekarang ini saya rasa makin ramai sudah punyai IC palsu ini, demi untuk mengaut undi sebenarnya bagi mendapatkan kemenangan besar-besaran menentang pembangkang. Ya, adakah ini dipersetujui oleh Saudara Mutalib?

MUTALIB : Isunya begini, bukan IC Palsu tapi IC Projek. Benda ini ada dalam rekod Pendaftaran, bagaimana ia ada kena tanya Jabatan Pendaftaran Negara sendiri kerana Tan Sri Bernard Dompok telah memanggil Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya, mereka tidak datang ke Select Comittee sehingga menyebabkan saya rasa menjadi satu punca kenapa Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan. Ini perkara X-Files, orang putih kata X-Files.

Jadi persoalannya warganegara asing ini, Kerajaan tidak merekrut tapi melalui satu agensi lain yang merekrut mereka. Sebagai contoh yang menjadi isu masalah terbesar di Malaysia sekarang ini ialah masalah agama. Iaitu kira-kira seribu orang berada di Shah Alam, orang dari Filipina, beragama Kristian tapi telah dikeluarkan Kad Pengenalan beragama Islam. Itu jam mereka ditangkap di kawasan berkenaan kerana didakwa oleh penduduk kampung bahawa mereka memanggang babi.

Oleh kerana mereka beragama Islam dalam kad pengenalan maka JAIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor menghadapi masalah kerana mereka tidak mengaku sebagai beragama Islam...

RFS : Oh itu satu perkara yang mengejutkan kerana mereka mempunyai IC yang beragama Islam dan tetapi sebaliknya memanggang babi dan itu suatu yang...

MUTALIB :Oleh kerana mereka bukan beragama Islam dan mereka bangsa Visaya dari Filipina dan tinggal di Shah Alam.

RFS : Dan adakah hal ini patut kita tujukan dan put the blame on Barisan Nasional kerana yang tampuk pimpinan sebenarnya bermulanya dari seorang yang berdiri di parti Barisan Nasional?

MUTALIB : Tidak boleh salahkan Kerajaan kerana perkara ini berlaku sindiket. Sekarang Kerajaan telah mengambil tindakan tegas iaitu menangkap kesemua mereka ini, tetapi oleh kerana tiada ‘political will’ untuk memberkas kesemua kad pengenalan iaitu pada ketika itu 300 ribu lebih kad pengenalan dikeluarkan.

Jadi Kerajaan telah menunjukkan prihatin dengan merampas kembali 16 ribu lebih kad pengenalan. Tetapi selepas itu Pemimpin politik yang ada, tidak berani untuk melakukan, orang kata satu ‘suicide dive’, maknanya dia kena mengakui bahawa memang ada kad pengenalan dikeluarkan di zaman Megat Junid Megat Ayob iaitu sama ada dengan pengetahuan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak tahu.

Tetapi persoalan kenapa boleh berlaku di Malaysia dan inilah isu yang paling hangat sekarang kenapa warga Filipina beragama Kristian boleh mendapatkan kad pengenalan. Jadi usaha mereka untuk menukarkan kepada agama Kristian tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, kerana perlu melalui JAIS dan sebagainya.

Jadi inilah isu paling besar sama ada mereka ini mendaftar sebagai pengundi atau tidak itu masalah Jabatan masalah Suruhanjaya Pilihanraya kerana saya telah menulis buku yang bertajuk ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan buku ini telah menyatakan keseluruhan apa yang berlaku sama ada mereka menggunakan duplicate IC, sama ada mereka menggunakan polis dan tentera dan sebagainya. Ini bukan lagi rahsia, kerana ini telah menjadi pengetahuan umum.

Begitu juga dengan kebanyakan buku saya diambil oleh Dr Chong Eng Leong dalam ‘Lest We Forget’ dan beberapa buku lain. Tetapi kebanyakannya boleh dilihat dalam blog saya lah.

RFS : Dan satu lagi soalan yang ingin ditanyakan according to the news report di Selangor di mana seramai 186 ribu orang asing yang kononnya telah pun mendapatkan IC ini dan untuk mendapatkan satu sebabnya ialah bagi mendapatkan undi bagi pilihanraya yang akan datang ini dan apakah pendapat anda tentang pesan undi ini untuk memancing undi ini bagi rakyat asing ini?

MUTALIB :Sindiket ini sebenarnya sudah lama berlaku, bukan perkara yang baru. Jadi soalnya mereka baru buat atau tidak, adalah melalui sindiket, sama ada dipersetujui oleh kerajaan atau tidak, pasal perkara ini ada di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara. Inilah yang kita harap kerajaan Sabah harap supaya kerajaan Malaysia atau Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti segala masalah ini, kerana apapun tindakan yang telah kita telah ambil, telah sampai kepada peringkat kata Datuk Patrick, “Jika ada pejabat tuhan dia akan pergi.” Sudah begitu desperate orang Sabah. Jadi persoalan sekarang ini, mereka gunakan pengundi adalah perkara yang sudah lumrah. Sekarang di Sabah sendiri, TANPA PENGUNDI HANTU SAYA RASA TIDAK ADA KERAJAAN NEGERI.

RFS : Dan saya sudah pun begitu terang untuk kita bincangkan bersama dengan saudara Mutalib dan kita amat berbesar hati daripada kami Radio Free Sarawak mendapatkan bahan berita ini daripada saudara dan kita akan bersama lagi di masa akan datang dan sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Mutalib.

MUTALIB : OK. Sama-sama.

64 ulasan:

  1. PATAI-PATAI ini kebanyakan sudah lama menetap di Sabah, sudah tidak dapat membezakan mereka daripada orang tempatan.

    BalasPadam
  2. Soalnya, masihkan sempat menghalau mereka, rasanya tidak. Kita cuma boleh menghalang lebih banyak PATI daripada memasuki negeri kita secara haram selepas ini. Mereka yang sudah memegang IC ini, ataupun khawin orang tempatan sudah terlewat kita membuat apapa.

    BalasPadam
  3. Kenapa buku itu dijual dengan harga yang begitu tinggi? mana lah orang kampung dapat beli....

    BalasPadam
  4. Bercakap tentang PATI, isu ini tidak akan selesai selagi semua pihak tidak bekerjasama.

    BalasPadam
  5. Selain kerajaan, rakyat juga perlu memainkan peranan yang penting. Adalah lebih baik jika kita tidak bersikap baik dan melayan PATI sama dengan rakyat tempatan.

    BalasPadam
  6. Mahu juga beli buku tu tapi mahalnya. Bukan saja mahu baca content tu buku.

    BalasPadam
  7. Kesian ni Sabah macam kilang PATI sudah.

    BalasPadam
  8. Sabah need Royal commission of Inquiry to settle on the issue.

    BalasPadam
  9. Projek IC sudah la didengari tapi tiada apa tindakan atau apa2 susulan mengenai isu ni. Lucunya Sabah mempunyai kependudukan yang ramai tapi bukan disebabkan rakyat Sabah. Sudahla Sabah tempat pelarian ditempatkan entah bila dihantar balik ke negara asal.

    BalasPadam
  10. Patai suda terlalu banyak di Sabah..untuk menghantar pulang yg memang sedia ada di Sabah...amat ssh dan mengambil masa... harap kerajaan dapat memantau masalah ini dengan lebih teliti..

    BalasPadam
  11. kita tau kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk mengelakkn PATI terus berleluasa di Sabah, mungkin perlu tambah usaha itu..

    BalasPadam
  12. Sindiket2 inilah yg harus dihapuskan...& juga pegawai2 JPN yg korup...perlu buat General Overhaul ke atas JPN nih...

    BalasPadam
  13. Siapa dalang di sebalik projek IC ini? Orang ini harus di bawah ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman paling berat!

    BalasPadam
  14. Jumlah PATAI itu mungkin lebih daripada 300,000. Sekian lama mereka tinggal di sini, beranak-pinak..apalah nasib penduduk tempatan ni nanti.

    BalasPadam
  15. Kenapa bah susah betul mereka mahu menubuhkan RCI ni? Takut kah? Berapa saja pemimpin Sabah dan NGO yang serius dengan masalah ini? Mana suara pemimpin lain?

    BalasPadam
  16. PATAI masterminds should be rotten in hell.

    BalasPadam
  17. Bukan senang nak atasi masalah ini tanpa kerjasama daripada semua pihak. Mereka ini umpama virus di dalam badan yang bila2 masa akan 'menghancurkan' kita.

    BalasPadam
  18. PATI di Sabah mmg amat ramai, kita sendiri nampak bagitu ramai mereka berkeliaran.

    BalasPadam
  19. kita semua harus berganting bahu dalam selesaikan masalah PATI yang makin menjadi2 ni.

    BalasPadam
  20. isu yang berkaitan warga asing yang berlaku di Sabah haruslah diberi perhatian yang serius untuk diselesaikan..

    BalasPadam
  21. usaha yang terus menerus perlu dilakukan dan semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pati di Sabah..

    BalasPadam
  22. bagi mengesan semua pati yang diberikan IC, mungkin terlalu sukar. tapi untuk mengesan dalang yang mengeluarkan IC ini mungkin lebih mudah... tapi setelah dalang2 ini dibawa kemuka pengadilan, apa cadangan seterusnya untuk mengesan semua pati yang memiliki IC sekaligus membawa mereka keluar dari negeri ini??

    BalasPadam
  23. Pendatang ini hanya membawa masalah kepada kita.

    BalasPadam
  24. sebenarnya ada bukti untuk mendakwa dalang2 di sebalik isu IC Projek ni tapi disebabkan mereka sangat berkuasa maka sukar untuk bawa mereka ke muka pengadilan.

    BalasPadam
  25. sampai bilalah mereka mahu nafikan kewujudan IC Projek ni..

    BalasPadam
  26. pemimpin2 Sabah perlu perjuangkan penubuhan RCI ke atas isu pendatang tanpa izin ini. harap2 dengan cara ini 'akarnya' dapat dicari dan 'dicantas' supaya 'satu pokok' tu akan 'tumbang'.

    BalasPadam
  27. RCI should be given a try in Sabah.

    BalasPadam
  28. I hope this issue will be solved as soon as possible. even better if its solved before election comes.

    BalasPadam
  29. yup, hopefully this problem will be solve before election...

    BalasPadam
  30. walaupun kerajaan sedang menjalankan program 6P, namun RCI adalah perlu ditubuhkan kerana ada keperluan..memorandum dan bukti2 kukuh telah diberikan kepada KDN..jadi sudah sampai masanya KDN bertindak berani dan bukannya sebagai agen perlindungan kepada dalang2 projek IC.

    BalasPadam
  31. memetik kata2 datuk masidi, KDN tidak perlu takut atau khuatir untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat projek IC..melainkan KDN memang sengaja mahu menyembunyikan perkara sebenar..

    BalasPadam
  32. rakyat sabah mahukan RCI ditubuhkan segera untuk menyiasat projek IC di sabah.

    BalasPadam
  33. jika KDn berterusan menafikan tuntutan rakyat sabah, maka kemungkinan besar rakyat sabah akan beralih kepada pembangkang..

    BalasPadam
  34. tubuhkan saja RCI, mungkin ini dapat membantu, betul kata Datuk Masidi, tidak perlu takut jika tidak salah...

    BalasPadam
  35. Bagi saya tiada manusia yang tamak, takkan timbul maslaah ni. huhu

    BalasPadam
  36. Saya hairan kenapa projek IC dinafikan... Mustahil pati di Sabah telampau banyak dan hidup beranak pinak kalau bukan sebab ada prujik ni.

    BalasPadam
  37. Tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak, namun jika hal ini masih berterusan pastinya jari akna ditunding ke arah gpihak2 yang ada autoriti kan.

    BalasPadam
  38. So kalau dapat tubuhkan RCI tubuhkanlah... mana tau kaedah ni dapat selesaikan masalah pati. hehe

    BalasPadam
  39. Apapun, harap suatau masa nanti masalah pati akan dapat ditanggani.

    BalasPadam
  40. Bukan lagi setakat mengharap tapi satu kemestian!

    BalasPadam
  41. PTI issue shouldn't be dilly-dallying.

    BalasPadam
  42. Ops, rasa projek IC memang lama wujud dan bukannya perkara baru lagi. Kami memerlukan RCI untuk membuat siasatan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan yang amat negatif.

    BalasPadam
  43. Tiada guna untuk menyembunyikan kebenaran dari rakyat. Rakyat berhak mengetahui hal yang sebenar. Jika tiada projek IC, tidak perlu khuatir, pertubuhan RCI diperlukan untuk membuat siasatan.

    BalasPadam
  44. Who is the tiger behind the mirror? Let RCI to responsbile to find out the answer for the people.

    BalasPadam
  45. "isu masalah terbesar di Malaysia sekarang ini ialah masalah agama. Iaitu kira-kira seribu orang berada di Shah Alam, orang dari Filipina, beragama Kristian tapi telah dikeluarkan Kad Pengenalan beragama Islam. Itu jam mereka ditangkap di kawasan berkenaan kerana didakwa oleh penduduk kampung bahawa mereka memanggang babi."

    Terbukti ada juga warga asing diberi identiti sebagai Malaysian dan berkelayakan membuat undian. Siapakah yang meluluskan IC kepada golongan ini? Adakah pihak JPN seharus memberi penjelasan terhadap perkara tersebut?

    BalasPadam
  46. Malaysia politics really sick. They can so anything to make sure they stay in power. Such numbe rof illegal immigrants could causes harmful damages to the country. We need RCI.

    BalasPadam
  47. Kita harap masalah ini tidak akan berpanjangan..isu ini harus di siasat dengan segera dan paling penting tidak perlu mempolitikkn isu ini... sbb masalah ini bukan baru..dri dulu lagi...

    BalasPadam
  48. Terbukti juga projek IC lama wujud di politik Malaysia. Jangan mengabaikan ketenteraman dan keharmonian negara semata-mata untuk mengekal kuasa pentadbiran. Semoga RCI ditubuh untuk membuat siasatan dan langkah penyelesaian dan pencegah.

    BalasPadam
  49. Jika kerajaan gagal meluluskan pertubuhan RCI, rakyat akan lebih prasangka dan meramal perkara yang amat negatif terhadap kerajaan. Untuk membuktikan kerajaan tidak membuat tindakan belakang pintu, RCI seharus ditubuhkan.

    BalasPadam
  50. Jika projek IC tidak mendapat langkah pencegaha yang wajar, maka lebih banyak lagi PATI akan wujud dan diberi kelayakan untuk mengundi. Semoga pihak berkuasa menjalankan tugas untuk menyelesaikan masalah yang semakin giat di Malaysia terutama di Sabah.

    BalasPadam
  51. Berkemungkinan PATI ini yang membantu Sabah menjadi deposit kepada BN. Semoga RCI ditubuhkan untuk membuat siasatan lanjut supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan. Rakyat berharap PRU yang bersih dan adil.

    BalasPadam
  52. Pihak JPN seharus memberi penjelasan terhadap perkara tersebut. Rasa-rasa jumlah PATAI seakan melebihi 300,000 yang dikatakan itu. Walaubagaimanapun, RCI diperlukan untuk mengenalpasti masalah tersebut.

    BalasPadam
  53. Jika kuasa diberikan kepada kerajaan Negeri sepenuhnya untuk menangani masalah PATI rasanya sudah lama dapat diselesaikan. Tapi oleh kerana kerajaan Negeri mempunyai had kuasa maka sebab itulah penyelesaian agak sukar dilaksanakan.

    BalasPadam
  54. RCI sudah lama disuarakan oleh pemimpin BN Sabah sendiri. tapi sehingga sekarang masih timbul masalah untuk ditubuhkan RCI ini. Harap kerajaan persekutuan dapat melaksanakannya secepat yang mungkin untuk menangani masalah PATI di Sabah.

    BalasPadam
  55. Bagaimana PATI boleh dapat Mykad dengan mudah? Itulah pertanyaan yang selalu bermain difikiran rakyat Sabah sendiri.

    BalasPadam
  56. Mereka tak akan datang jika kerajaan kita tak menyokong mendapatkan pekerja yg "murah" ni.

    BalasPadam
  57. Susahlah nak menyelesaikan masalah ni, negara kita akan menjadi negara mereka tak lama lagi.

    BalasPadam
  58. They are breeding like rabbits and it's hard to stop them from growing.

    BalasPadam
  59. It's impossible to tell each of them to leave, they'll have to leave themselves.

    BalasPadam
  60. PATI, pls leave us alone.........

    BalasPadam
  61. LEADERS SHOULD FOCUS ON FIRST THINGS FIRST. OTHERWISE WE WON'T GET TO SOLVE ANY OF THEM.

    BalasPadam