Rompak: Warga Indonesia dipenjara enam tahun
KOTA KINABALU 13th Oct 2011: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah didapati bersalah dakwaan merompak berkumpulan.
Hakim Ismail Brahim mengarahkan Maing Rahman, 28, dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
Maing bersama dua orang yang lain masih bebas dituduh merompak Habibullah Haizat wan tunai RM400 di tapak pembinaan di 1B, Sulaman pada 8 Julai tahun ini kira-kira jam 6 petang.
Kesalahan ini di bawah Seksyen 395 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda serta boleh dikenakan rotan.
Dalam rayuan secara lisannya, Maing meminta hukuman terhadapnya diringankan kerana dia perlu menjaga ibu bapa dan keluarganya. Bagaimanapun pendakwaan meminta mahkamah mengenakan hukuman lebih bera kerana kepentingan orang ramai perlu diambil kira berikutan kejadian rompakan yang sering berlaku.
Timbalan Pendakwa Raya, Nartiah F.Mirchelle Sambatan bertindak sebagai pendakwa.
Sementara itu di mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman tiga tahun dan enam bulan penjara terhadap dua orang lelaki kerana melakukan kecederaan semasa rompakan.
Ismail menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Raqib Abd. Halim, 25,dua tahun penjara manakala Abd. Halim Abd Karim, 22, dipenjara selama 18 bulan.
Raqib dan Abd Halim bersama seorang yang masih bebas merompak Razmi Ali Rahman, 28, pada 4 Oct 2009 kira-kira jam 9.30 malam di Indaman Villa Batu, Inanam.
Kedua-dua mereka merompak wang tunai RM200, telefon bimbit, speaker kereta, amplifier dan dua kad ATM kepunyaan Razmi serta mengakibatkan kecederaan kepada mangsa..
Mereka didakwa di bawah Seksyen 394 Kaun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman penjara untuk tempoh hingga dua puluh tahun, juga boleh dikenakan denda atau sebat.
Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu pada 6 Nov 2009 dan kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah.
Kedua-dua mereka diarahkan ditahan reman di bawah Seksyen 259 Kanun Kesiksaan sehingga kes mereka dibicarakan.
Lebih 12 orang saksi dipanggil untuk memberikan keterangan sejak kes ini dibicarakan pada Mac tahun ini.
Kelmarin, selepas didapati bersalah terhadap dakwaan, kedua dua tertuduh meminta hukuman diringankan ke atas mereka.
Raqib berkata dia mempunyai dua orang anak untuk diberikan nafkah manakala Abdul Halim berkata dia mengalami masalah jantung.
Bagaimanapun pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan kerana kedua-dua mereka melakukan perbuatan jenayah yang serius. Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F.Mirchelle Sambatan bertindak sebagai pendakwa.
Sudahlah mereka datang secara haram kepada negara kita, mahu melakukan jenayah di tempat kita lagi?
BalasPadamlepas jalani tempoh hukuman, rujuk ke Imigresen dan terus hantar mereka balik ke negara asal mereka. jangan benarkan masuk ke negara ini lagi.
BalasPadamRM400 equals 6 years jailed and caned. Serve your right.
BalasPadamminta simpati lagi dgn mengatakan ada tanggunggan dan keluarga. dia tak fikirkah orang yang dirompaknya juga mempunyai keluarga.
BalasPadammemang wajar dia menerima hukuman tersebut..berani buat beranilah tanggung.
BalasPadamdalam masa 6 tahun, kalau kerja bersungguh2 dengan jujur dan dengan cara yang halal, boleh dapat lebih dari rm400.. masa buat jenayah tidak pula dia terfikir tentang ibubapa dan keluarganya..
BalasPadamSebat banyak-banyak supaya menjadi pengajaran kepada mereka semua.
BalasPadam