Isnin, Oktober 10, 2011

PEMBANGKANG SAMBUT BAIK BATAL CADANGAN KENAIKAN GAJI & ELAUN AHLI PARLIMEN

Pembangkang Sambut Baik Batal Kaji Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR Oktober 10, 2011: Pembangkang menyambut baik keputusan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.

Menyifatkan sebagai bukan masa yang sesuai untuk mengkaji semula kenaikan berkenaan, rata-rata wakil rakyat pembangkang mahu kerajaan memberi perhatian kepada isu ekonomi rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan kajian semula tersebut tidak munasabah walaupun turut mendapat rungutan daripada wakil rakyat pembangkang.

"Tidak munasabah untuk pertimbangkan walaupun ada ahli Parlimen yang mengeluh. Tetapi tak wajar untuk pertahankan (kaji semula elaun) dalam keadaan ekonomi sekarang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Keputusan penarikan balik cadangan kajian berkenaan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin ekoran bantahan keras pembangkang sebelum ini termasuk Anwar.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata, pembangkang tidak menolak sekiranya kerajaan mengusulkan untuk memperuntukan elaun penyelidik bagi setiap wakil rakyat.

"Kalau dinyatakan secara spesifik seperti elaun penyelidik, pembantu di kawasan Parlimen...tapi itu tidak dicadangkan.

"Kami tolak proposal berkenaan (kaji elaun), tapi kalau mereka kembali dengan cadangan baru mengatakan untuk sediakan penyelidik, pembantu di Parlimen..itu lain," katanya.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali turut menyokong keputusan kerajaan menarik balik cadangan kenaikan tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM30 juta. (RM30 juta bahagi 222 MP = RM135,135.14 setahun  / 12 bulan = RM11,261.26 sebulan, jika dicampur gaji sekarang RM6,500 = RM17,761.26 sebulan)

"Secara prinsipnya ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menerima cadangan berkenaan kerana ini bukan masanya. Tumpuan harus diberikan kepada masalah rakyat serta kenaikan harga barang.

"Mengapa sekarang nak naikkan, saya sambut baik keputusan menarik balik. Kita boleh kaji, tapi ini bukan masa yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, peruntukan khusus bagi membayar elaun penyelidik dan pembantu ahli Parlimen wajar dikaji semula untuk kemudahan wakil rakyat.

"Tak perlu naikkan gaji wakil rakyat, cukup sekadar beri peruntukan untuk naikkan elaun penyelidik," katanya.

14 ulasan:

  1. Baguslah jika kerajaan kita sanggup menerima pandangan daripada para pembangkang.

    BalasPadam
  2. Harap kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu kenaikan harga barangan.

    BalasPadam
  3. gaji ahli parlimen dikira cukup tnggi sudah, mmg wajar kenaikan gaji mereka dibatalkan.

    BalasPadam
  4. gaji sektor swasta masih lagi dalam keadaan rendah, gaji mereka yang perlu dinaikkan.

    BalasPadam
  5. gabungan pendapat dari kerajaan, pembangkang dan bebas pastinya akan mencapai keputusan yang terbaik demi untuk rakyat dan negara.

    BalasPadam
  6. utamakan dulu apa yang lebih penting. khidmat terbaik ahli Parlimen pasti akan mendapat ganjaran di hari lain.

    BalasPadam
  7. jadi, perhatian perlu lebih diberikan terhadap isu lain seperti kos hidup yang tinggi dan sebagainya..

    BalasPadam
  8. belanjawan tersebut bolehlah disalurkan ke bidang lain yang lebih memerlukan..

    BalasPadam
  9. Ahli2 parlimen rata2 kaya. Tiadalah yang miskin macam orang2 kebanyakan. Jadi sesuai sangat elaun itu ditarik balik. RM30 juta, bukan jumlah yang sikit okay.

    BalasPadam
  10. Rakyat pun sambut baik penarikan balik elaun tambahan itu.

    BalasPadam
  11. bukan ahli parlimen pembangkang juga ka yang setuju dengan kenaikkan elaun?

    BalasPadam
  12. dengan elaun rm6500 setiap ahli parlimen, cukupkah untuk menampung perbagai perbelanjaan ketika menjalankan tugas untuk rakyat? jangan hanya kerana ingin mengambil hati pengundi, mereka sanggup ‘control maco’ dengan menolak kesediaan ikhlas kerajaan itu.. apa2pun tahniah kerana menolak, dan saya harap tidak ada aduan mana2 ahli parlimen selepas ini jika mereka sedar elaun mereka tidak cukup..

    BalasPadam
  13. Mungkin ada perkara perlu lagi untuk digunakan duit tersebut.

    BalasPadam
  14. Mereka yang minta mestilah mereka juga setuju kalau dibatalkan elaun tambahan ini. Tapi bagus jugalah kalau macam itu. Boleh juga guna lain lagi itu duit.

    BalasPadam