Kemungkinan PR Tidak Bubar DUN Serentak - Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi PR untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan Barisan Nasional (BN).
PR memerintah pentadbiran kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
"Dengan ini, mereka (PR) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.
"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan PR tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.
"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (PR) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.
Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.
"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.
Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.
Dalam pada itu, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Suwaibah Muhammad Nasir, 37, berhasrat merentasi Gurun Sahara dengan berlari sejauh 1,112 kilometer dari Aswan ke Port Said, Mesir selama 35 hari bermula 1 Feb depan.
Beliau mahu mancatat rekod dunia sebagai wanita pertama berbuat demikian dalam misi yang dinamakan sebagai 'Sailing the Sand of Sahara'.
Janjian mesti dilaksanakan, jika tidak, sukar rakyat akan mempercayai kamu lagi.
BalasPadamHarap kerajaan akan memenuhi apa yang mereka menjanjikan kepada rakyat.
BalasPadamTidak sokong dengan pemimpin yang suka janji terang bulan saja.
BalasPadamdah berjanji, mesti ditunaikan.
BalasPadamDr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.
BalasPadamBolehkah PRU 13 di awalkan jika menerima desakan rakyat?
PRU mungkin diadakan pada Mac atau April tahun depan. semua parti perlu mengatur strategi seawalnya.
BalasPadamharap apa yang diperuntukkan dalam belanjawan 2012 dapat dilaksanakan sepenuhnya. kebajikan dan kepentingan rakyat perlu diutamakan agar sokongan terus kukuh.
BalasPadamkemungkinan juga PR tidak akan membuburkan DUN serentak dengan parlimen..
BalasPadamapa pun, yang penting semua janji yang diberikan ditunaikan..
BalasPadamsebelum ini pun pemimpin2 Pakatan pernah menyatakan pendirian mereka untuk mengadakan pilihanraya berasingan dengan kerajaan persekutuan. jadi tidak mustahil jika mereka mengambil tindakan seperti yang dijangka oleh Tun M.
BalasPadamuntuk melaksanakan semua janji2 sekaligus sebelum pilihanraya, amat mustahil. tapi sekurang2nya ada tindakan awal yang memperlihatkan bahawa janji itu sedang dalam pelaksanaan..
BalasPadamApa yang penting setiap pelaksanaan dapat dirasa oleh rakyat dan sampai secara total ke rakyat.
BalasPadamSetiap orang terutama pemimpin2 / bekas2 pemimpin mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri. Apa yang penting rakyat tidak terabai dan rakyat tidak tersepit di tengah politik negara.
BalasPadamJadi dengar nasihat senior BN ini. PM perlulah bijak merancang sesuatu perkara.
BalasPadamJangan mudah terpedaya dengan janji PR sendiri. Pasti ada perkara yang dirancang oleh mereka. Mungkin banyak janji ditabur disana sini, tapi semua itu cuma janji untuk meminta sokongan rakyat.
BalasPadam