Ahad, September 12, 2010

“KEDUDUKAN SEPARUH ANGGOTA KABINET SABAH AKAN TERJEJAS JIKA HANYA PEMIMPIN ATAU WAKIL RAKYAT YANG DILANTIK DARIPADA PARTI DI SABAH SAHAJA DIBENARKAN SERTAI KABINET,” - DOMPOK

Kabinet Sabah Terjejas Jika Hanya Pemimpin Parti Di Sabah Dibenar Sertai Kabinet

KOTA KINABALU, 11 Sept (Bernama) -- Kedudukan separuh anggota Kabinet Sabah akan terjejas jika hanya pemimpin atau wakil rakyat yang dilantik daripada parti di Sabah sahaja dibenarkan sertai Kabinet, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Ini, kata beliau berkemungkinan menimbulkan satu masalah.

Namun, Dompok berkata perlu ada satu perbincangan lanjut di kalangan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), daripada segi kemungkinan pelantikan wakil rakyat dilantik daripada parti yang berpusat di Semenanjung sebagai seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

"Saya akan mengemukakan pandangan kami kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengenai perkara ini sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan UPKO Bahagian Kota Kinabalu di sini.

Dompok diminta mengulas pendirian Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa jawatan timbalan ketua menteri diberikan kepada parti yang berpusat di Sabah, berikutan peletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Peter Pang En Yin daripada Parti Liberal Demokratik pada 1 Sept.

Namun, Ketua Menteri masih mengekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet sehingga perbincangan diadakan dengan para pemimpin parti komponen BN.

~~~~~

Peter Pang Tidak Mahu Silap Dalam Pilih Parti Baru Dalam BN

  EN YIN  kelihatan sugul ketika mengumumkan  keluar LDP  
di pejabatnya di Kota Kinabalu, semalam. Bekas naib presiden Datuk Peter Pang En Yin, yang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) awal bulan ini, berkata beliau tidak mahu membuat kesilapan dalam memilih parti baru.

"Saya berbincang dengan rakan-rakan saya dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)...dan jika mereka mempelawa saya, saya ucap terima kasih. Jika anda tanya saya, saya akan mempertimbangkan tawaran itu,"

36 ulasan:

  1. apa pun, sesiapa yang dilantik sebagai TKM perlulah berkebolehan dan benar-benar layak menyandang jawatan tersebut.

    BalasPadam
  2. Perbincangan lanjut diperlukan supaya tindakan yang paling baik akan diambil mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  3. Itu terpulang dengan KM yang menentukan siapa yang layak, dan yang tebaik untuk menjadi TKM kepada semua rakyat sabah. Sekiranya masih memilih dan menetapkan Datuk Peter Pang, itu tidak ada masalah sekiranya mempunyai persetujuan.

    BalasPadam
  4. sesiapa nak jadi TKM perlulah rakyat Sabah, tk kira dari parti mana sekalipun, yang penting ia benar2 berkebolehan.

    BalasPadam
  5. perbezaan pendapat kedua-dua pemimpin tersebut wajar dipanjangkan ke meja perbincangan.. pasti kedua-dua pemimpin ini mempunyai alasan mereka sendiri dan alasan itu wajar dipertimbangkan untuk membuat keputusan.

    BalasPadam
  6. perbincangan dikalangan pemimpin adalah cara yang baik bagi menentukan pekara ini. yang penting sesiapa yang menyandang jawatan TKM mestilah benar-benar layak.

    BalasPadam
  7. tak kisah dari parti mana, yang penting ia rakyat sabah dan layak serta berkebolehan menjawat jawatan TKM.

    BalasPadam
  8. kelayakan sesorang itu yang menentukan menjadi TKM. Harap perkara ini akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  9. It might happen. But we need to consider the rights of Sabah first.

    BalasPadam
  10. Cadangan jawatan TKM diberi kepada parti tempatan harus dikaji dan dibincang. Jawatan KM dan beberapa jawatan menteri dijawat oleh ahli UMNO, parti impot.
    Kita tidak mengamalkan 'double stadard' dalam kerajaan Negeri Sabah.

    BalasPadam
  11. Kenyataan TSR Dompok berasas kerana kebanyakan jawatan kabenet negeri disandang oleh adun UMNO. UMNO juga parti impot.

    BalasPadam
  12. hhmmm, inilah kesan jangka panjang akaibat cakap lepas LDP dulu. huhuhu

    BalasPadam
  13. Kalau boleh pilih la bah yang dari parti Sabah kan.. Bukan bias tapi inikan untuk Sabah juga. hehe

    BalasPadam
  14. Tapi yang penting ialah kelayakan calon yang bakal dipilih jadi TKM la. Pastikan beliau memang memnuhi kriteria yang ditetapkan utk jadi TKM & sudah semestinya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

    BalasPadam
  15. Apapun perbincangan harus dibuat bagi memastikan keputusan yang bakal dibuat nanti memberi kepuasan kepada ramai pihak.

    BalasPadam
  16. Semoga hal ni dapat ditanggani dengan baik:)
    Good Luck CM :)

    BalasPadam
  17. mungkin ada benarnya kata2 Tan Sri Bernard..apa2 pun harus dibincangkan dengan lebih lanjut dengan parti2 komponen BN sabah lain agar tidak timbul masalah lain di masa akan datang..

    BalasPadam
  18. yang penting sesiapa pun yang dipilih adalah seorang yang boleh memberikan kerjasama serta tanggungjawab yang sepenuhnya kepada tugasnya serta orang lain..

    BalasPadam
  19. apa pun, tunggu dan lihat keputusannya nanti..

    BalasPadam
  20. It might happen but honestly, I think it is more realistic to give that position to local based party.

    BalasPadam
  21. Cadangan yang dikemukankan oleh Datuk Bernard, saya rasa harus dipertimbangkan. Hal ini kerana jawatan tersebut bukan untuk siapa2 tetapi untuk sabahan juga. Ini mengelak daripada jawatan tersebut jatuh ketangan bukan dari komponen parti di Sabah. Jadi bagi saya itu perlu mendapat pertimbangan dari pelbagai pihak.

    BalasPadam
  22. Jawatan yang dipegang oleh Datuk Peter Pang Kalau boleh dikekalkan. Semoga hal ini tidak memberi kesan kepada tugas2 beliau sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

    BalasPadam
  23. Apa yang penting, kita harus berusaha untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang inginkan kebebasan, bebas daripada PTI walaupun bukan sepenuhnya.

    BalasPadam
  24. How about D Peter rejoin LDP and remain holding the post as DCM?

    BalasPadam
  25. yang penting selesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan rumitkan keadaan. apa juga keputusannya kelak pasti tidak akan timbul halangan atau kontroversi kerana masalah ini tidak menyentuh kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  26. This is happening now. More and more PTIs are coming.

    BalasPadam
  27. saya ingin bertanya, apakah benar kabinet Sabah akan terjejas jika hanya pemimpin parti di Sabah dibenar sertai kabinet?

    '...daripada segi kemungkinan pelantikan wakil rakyat dilantik daripada parti yang berpusat di Semenanjung sebagai seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah.'

    BalasPadam
  28. Mungkin mereka belum pernah fikirkan bahawa kerusi KM disandang oleh parti impot iaitu UMNO.

    BalasPadam
  29. Jadi kita jemput parti import pulang ke tempat asal mereka?
    Mungkinkah ini berlaku?

    BalasPadam
  30. pilihlah orang yang benar-benar ikhlas, telus dan layak. bukannya orang yang NATO sahaja dan yang penting dia mempunyai latarbelakang yang baik dan mendapat sokongan rakyat Sabah

    BalasPadam
  31. pendapat saya, kalau semua kabinet adalah yang sedia ada di Sabah maka susahlah mau berurusan dengan Pusat. sekurang-kurangnya ada seorang dua dari luar dan dia adalah Sabahan serta mempunyai pengaruh yang kuat, maka senanglah segala urusan kerana dia sudah faham selok belok di sana...pendapat sajalah...

    BalasPadam
  32. kadangkala bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan sendiri sukar bagi Sabah untuk maju...suntikan idea-idea yang mantap adalah perlu untuk membawa Sabah keluar dari gelaran negeri termiskin

    BalasPadam
  33. DCM should be from Sabah, I guess. He/she knows must know Sabah very well.

    BalasPadam
  34. Whoever it is that gets appointed, I hope he has the credibility and capabilities of fulfilling his responsibilities.

    BalasPadam
  35. Correct Fran, credibility and capability must at the first place to be a good leader.

    BalasPadam
  36. kdg2 ada juga pemimpin yang berkaliber dan sebagainya memerintah negeri lain tetapi tempat sendiri terbiar..

    BalasPadam