Isnin, Julai 05, 2010

SABAH DAN SARAWAK MENJADI 'BUAH HATI' KERAJAAN PUSAT?

Inisiatif 1Malaysia Jamin Pembangunan Dan Kemajuan Sabah/Sarawak - Ongkili

PITAS, 4 Julai (Bernama) -- Sabah dan Sarawak bakal menikmati pembangunan dan kemajuan yang lebih tersusun menerusi program inisiatif 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Sabah dan Sarawak menjadi 'buah hati' kerajaan pusat kerana Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil berat mengenai pembangunan di kedua-dua negeri itu.

Misalnya, katanya, Sabah dan Sarawak tidak dipinggirkan malah diberi pertimbangan wajar dalam perbincangan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan makmal Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Katanya kedua-dua negeri itu akan menerima faedah dalam inisiatif 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), pelan transformasi ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi, berkata demikian ketika merasmikan Kem 1PBS Zon Utara, yang disertai oleh hampir 400 ahli dari lapan bahagian di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa ketika Barisan Nasional (BN) kuat, BN negeri pula harus sentiasa mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat dengan menangani isu-isu yang dekat di hati masyarakat tempatan.

Ini termasuk isu

  • pendatang tanpa izin,

  • pemilikan tanah dan

  • ketidakseimbangan dalam perkongsian kuasa di antara parti komponen, yang boleh mengancam gagasan itu,

katanya.

21 ulasan:

  1. harap yang dinyatakan diatas adalah benar, Sabah dan sarawak akan dapat mengecapi pembangunan dgn pesat, harap masalah dan isu2 di Sabah seperti pendatang asing, kemiskinan dpat diselesaikan.

    BalasPadam
  2. Hopefully this will not going to be another empty promises made by the government.

    BalasPadam
  3. Whatever it is, I'm glad that the 1Malaysia program has included to develop Sabah and Sarawak well as their objective. May this plan will be a success.

    BalasPadam
  4. Kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap party BN akan meningkat jika mereka iklas menangani isu-isu yg dihadapi ole rakyat tempatan. Diharapkan BN tidak mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap rakyat Sabah.

    BalasPadam
  5. pembangunan memang amat diperlukan di Sabah dan Sarawak. ini kerana masih byk lagi kawasan2 di kedua negeri ini yang masih mundur. harap rancangan pembangunan ini akan benar2 dilaksanakan.

    BalasPadam
  6. Kerajaan haruslah membantu rakyat sabah dan sarawan dan tidak akan membiarkan begitu saja. semua tanggung jawab yang diberikan haruslah dilaksanakan.

    BalasPadam
  7. bukan hanya pembangunan perlu dijalankan di sabah dan sarawak, tetapi isu dan masalah utama di Sabah seperti pendatang asing dan ,kemiskinan dan lain2 juga perlu diselesaikan dgn segera. jika ia dpt diselesaikan, sokongan rakyat terhdap kerajaan akan bertambah kuat.

    BalasPadam
  8. diharapkan program inisiatif 1Malaysia ini benar2 menjamin pembangunan serta kemajuan Sabah dan Sarawak secara lebih tersusun.. lakukan yang terbaik untuk kedua2 negeri ini dan beri keutamaan kepada keperluan dan permasalahan rakyat.

    BalasPadam
  9. Inilah rancangan yang patut untuk sabah dan sarawak haruslah dibangunkan lagi biar setanding dengan negeri yang lain.

    BalasPadam
  10. Diharapkan segala berjalan lancar. Sabah dan Sarawak sememangnya memerlukan lebih banyak pembagunan.

    BalasPadam
  11. Dulu kita dipanggil fix deposit, sekarang menjadi buah hati, apa yang kita dipangil selepas ini?

    BalasPadam
  12. Power imbalance can spell doom and destruction of the country especially when race and religion card was being played by ignorant and arrogant politicians. Sabahan main problems are the unfairness and biasness when it comes to the Natives right, hardcore poverty and also the influx and swarming of illegal immigrants.

    If these two problems doesn't settle in 10 years time, soon the State will be over-run by illegals who retained MyKad illegally then.

    To gain back the people's confident is to help and solve the problems stages by stages instead of once and for all since it will cause time and finance to do so.

    BalasPadam
  13. Memang patut pun Sabah dan Sarawak mendapat pelbagai pembangunan dan kemajuan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat. Tambahan Sudah sekian lamanya nasib negeri Sabah masih lagi antara negeri termiskin di Malaysia sedangkan Sabah dan Sarawak adalah kubu KUAT BN di Malaysia.

    BalasPadam
  14. Antara masalah yang dialami di negeri Sabah ialah kebanjiran pendatang asing samada secara sah ataupun secara haram tidak ditangani dengan sebaiknya. Yang jelas kelihatan warga asing yang berasal dari Indonesia dan Pilipina bebas berkeliaran disetiap muka bumi Sabah, malah mereka juga telah menimbulkan pelbagai jenayah. Apakah tindakan yang harus di ambil oleh pihak tertentu dalam menangani masalah warga asing di negeri ini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Tindakan tegas dan segera harus dilakukan walaupun sudah terlambat.

    BalasPadam
  15. Saya setuju apa yang dijelaskan oleh 'malik', saya juga ingin menambah dan berkongsi pendapat tentang isu warga asing di Sabah / Malaysia yang semakin bertambah setiap tahun dan hampir mencecah 350 ribu setahun. Warga asing telah monopoli peluang pekerjaan di sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan. Masalahnya semua majikan mengambil warga asing sebagai pekerja kerana upah yg dibyr adalah jauh lebih rendah berbanding belia tempatan. Kerajaan harus memberi penekanan terhadap sektor2 perladangan, pembuatan dan pembinaan untuk mengambil pekerja tempatan dengan memberi mereka insentif dan gaji yang lebih menarik bagi menampung keperluan tenaga pekerja.

    BalasPadam
  16. isu pendatang tanpa izin dan pemilikan tanah sememangnya penting dan memerlukan perhatian kerajaan negeri. saya amat yakin dengan usaha yang telah dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

    BalasPadam
  17. yang paling penting sekali, beri keutamaan kepada isu2 berpanjangan yang telah sekian lama menjadi beban kepada rakyat Sabah..

    BalasPadam
  18. usaha yang dilakukan kini bagi menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin amat berkesan. saya dapat merasakan yang PTI di Kota Kinabalu semakin berkurangan..ini kerana penglibatan pelbagai pihak termasuk pasukan RELA dalam membantu menyelesaikan masalah PTI di negeri ini. saya berharap usaha tersebut akan berterusan.

    BalasPadam
  19. saya menyokong pembangunan yang akan dibawa ke negeri Sabah..Ini akan memberikan hasil yang positif kepada semua pihak...

    BalasPadam
  20. Kerajaan haruslah menjaga kebaikan orang Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  21. I hope the government would not treat us like fixed deposits anymore.

    BalasPadam