Masidi Cadang Peruntukan Khas Pembangunan Pendidikan Di Sabah
KOTA KINABALU, 23 Jun (Bernama) -- Satu peruntukan khas perlu diberikan untuk Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi pembangunan pendidikan terutamanya untuk merealisasikan projek-projek yang telah lama dicadangkan, kata Exco Pelajaran Sabah Datuk Masidi Manjun.
Peruntukan ini amat diperlukan berikutan projek penambahbaikan bagi sesetengah sekolah di negeri ini terpaksa ditunda kerana kekurangan peruntukan.
Mengambil contoh Sekolah Kebangsaan Darau di Menggatal dekat sini, Masidi berkata permohonan pembangunan sekolah diutarakan di bawah RMK-8 dan kemudian dibawa ke dalam RMK-9, tapi sehingga sekarang tidak kesampaian kerana peruntukan di bawah Kementerian Pelajaran, telah habis ketika tempoh itu.
"Minta maaf kalau ada yang tidak puas hati sebab saya berterus terang. Tetapi ini perkara serius. Saya cadangkan supaya ada siling perbelanjaan khusus untuk Sabah, yang dikeluarkan daripada siling perbelanjaan nasional. Cara ini kita boleh bawa ke depan sekiranya ada lebihan daripada peruntukan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah rendah itu, Rabu.
Sekolah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Kinabalu, sering dilanda banjir kilat dan cadangan pembangunan sekolah dikemukakan sejak RMK-8 dan RMK-9, namun sehingga kini peruntukan masih belum diperoleh.
Masidi, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, berkata pegawai kanan Kementerian Pelajaran perlu turun padang dan melihat sendiri masalah di sekolah-sekolah kerana masalah yang dihadapi kadang-kala bukan hanya daripada segi kewangan tetapi juga isu birokrasi.
----
SK Darau Perlu Bangunan Baru Di Bawah RMK-10
No worries Datuk, we are here to support you.
BalasPadamCara yang sopan, minta maaf dulu, baru cakap. tidak ada isu la disini pasal maaf2 nie, yang penting Datuk Masidi berani bersuara. itu yang penting sebenarnya.
BalasPadamHarap2 cadangan Datuk Masidi dapat dipertimbangkan oleh pihak2 yg berwajib...kerana ini melibatkan masa depan anak2 yg bersekolah di sekolah yg dinyatakan jg...
BalasPadamkenyataan Datuk Masidi ini perlu diberikan perhatian serius bagi mengelakkan ianya terus berlarutan tanpa sebarang tindakan susulan. lebih2 lagi ketika kerajaan berusaha melakukan transformasi sistem pendidikan negara, masalah projek2 pembangunan pendidikan di Sabah tidak patut berlaku.. saya amat berharap supaya tumpuan diberikan kepada pembangunan pendidikan dahulu sebelum memutuskan pelaksanaan transformasi sistem pendidikan.
BalasPadamcadangan yang dibuat oleh Datuk Masidi perlu dipertimbangkan, ia adalah untuk pembangunan sistem pendidikan kita juga.
BalasPadamsemoga rancangan malaysia ke-10 dapat merialisasikan hasrat seluruh rakyat Sabah dan menjawab semua permasalah rakyat..
BalasPadamSebagai seorang menteri, dia memang komited dalam membantu sekolah2 di luar bandar mendapat perhatian.
BalasPadamcadangan Datuk Masidi ini boleh diterima. kerajaan haruslah mempertimbangkan kata-kata Datuk Masidi ini untuk kebaikan semua.
BalasPadamThe federal government should put more attentions on this issue.
BalasPadamSabah amat memerlukan dana untuk menubuhkan sekolah2 di luar bandar.
BalasPadamSaya setuju dengan cadangan Datuk Masidi Manjun. peruntukan khas perlu diberikan untuk Sabah dalam RMK-10 ia bagi pembangunan pendidikan terutamanya untuk merealisasikan projek-projek yang telah lama dicadangkan.
BalasPadamCadangan ini harus dipertimbangkan dan harus dilaksanakan, ia juga dapat menaik tarap sekolah di sabah, dan dapat menarik lebih ramai guru yang ditugaskan terutamanya di kawasan pedalaman.
BalasPadamKenapa harus meminta maaf? Perkara ini perlu dinyatakan. Sebarangan kekurangan dan keperluan terutamanya sekolah harus diberi keutamaan.
BalasPadam请仔细看一看。大部分坐落于村庄的学校,设备不齐全,连考试桌椅都被雨淋着。他的做法是对的。我支持你,masidi.
BalasPadamAdakah Sabah tidak layak meminta apa2?
BalasPadamTiada apa yang salah jika bersuara untuk kebaikan rakyat. Diharapkan kementerian pendidikan boleh membantu.
BalasPadamHopefully more leaders will stand up for the people and speak on our behalf.
BalasPadampandangan dan pendapat semua haruslah kerajaan ambil kira untuk memantapkan lagi rancangan. oleh itu, kerajaan haruslah membuat sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada pelajar.
BalasPadamThere are many schools who are still lacking in equipments and such. The education system itself needs more improvements.
BalasPadamAttention towards this issue should be taken seriously by the federal government. Sabah should be given funding to develop schools.
BalasPadamHope that the ministry will pay more attention the the issues we're facing here in East Malaysia.
BalasPadamKita memerlukan lebih banyak pemimpin yang lantang bersuara bagi pihak rakyat.
BalasPadamharap kerajaan akan memikirkan apa yang telah dikatakan oleh datuk masidi manjum.
BalasPadamWaa, ini cara sopan ba ni kalau bercakap... Sekurang-kurangnya pihak yang mendengar lebih terbuka untuk menerima pandangan yang diutarakan bah :)
BalasPadamGood-good, ini baru contoh pemimpin yang baik :)
BalasPadamOrang kerajaan ba ni, mestilah sopan kan datuk.. bukan mcm pembangkang yang asyik tunding jari dan bercakap mcm mulut tu dah terlebih insurans, hehehe
Apapun saya harap hal ni dapat perhatian sewajarnya.
Tidak salah untuk meminta maaf kerana berterus-terang. Itu tandanya anda prihatin dan tidak turn one blind eye terhadap sesuatu isu.
BalasPadamHopefully the Govt pays more attention to this matter.
BalasPadamcadangan Datuk Masidi ini harus diambil berat oleh kementerian berkenaan..sudah lama rakyat menantikan perubahan dilakukan ke atas sekolah tersebut...
BalasPadamdatuk masidi memberikan cadangan yang baik untuk kerajaan. oleh itu, kerajaan haruslah mempertimbangkan cadangan yang telah dikemukakan
BalasPadamkeputusan ditangan kerajaan..jadi kerajaan haruslah berfikir sebelum bertindak.
BalasPadampegawai2 kanan harus bertindak proaktif dan bukannya hanya menunggu laporan sampai di atas meja..tidak salah sekiranya mereka turun padang untuk melihat sendiri keadaan yang berlaku..selaras dengan prinsip pemerintahan kerajaan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..
BalasPadampercaya akan kerajaan untuk membantu dalam pendidikan dinegara kita ini.
BalasPadamdiharapkan agar cadangan ini dipertimbangkan sewajarnya oleh pihak berkenaan...
BalasPadamIf there are any issues that affects the people, the leaders should bring it up for observation so that further actions can be taken.
BalasPadamSabah need more allocations for developments and improvement. Many places are still very backwards and it is difficult to do anything without enough allocations.
BalasPadamkarenah birokrasi adalah perkara yang berlaku dimana-mana bagi semua projek-projek kerajaan dan melibatkan peruntukan kerajaan. Masalahnya, orang yang bertanggung jawab mengurus kewangan adalah orang yang 1st dikenakan tindakan sekiranya masa audit nanti. cuma kalau terlampau banyak birokrasi, itu, ini dll semua tidak boleh maka ..dan banyak benda-benda dan peraturan yang perlu dipatuhi tidak munasabah dan memerlukan 'black & white' maka semua projek penting bakal terbengkalai!
BalasPadamDatuk Masidi, berterus terang pada rakyat adalah perkara yang terbaik dan ia lebih dihormati. Tidak perlu menjaga hati sesetengah pihak kalau perkara yang dibangkitkan adalah betul. Sebab memang betul semua projek-projek kerajaan amat melecehkan dengan karenah birokrasi yang perlu dipatuhi..
BalasPadambukankah kerajaan mengutamakan 'PENDIDIKAN'?? mengapa pihak-pihak terlibat tidak menganggap keperluan terhadap pembelajaran dan pengajaran para pelajar itu penting? sampai bila-bila pun kalau terlalu banyak karenah birokrasi, negeri Sabah tetap akan ketinggalan dalam segala bidang pun dan tetap tidak boleh pergi jauh dalam pendidikan...
BalasPadamsegala aspek barkaitan dengan pendidikan rakyat perlu diberi perhatian!!!!
BalasPadam