Masidi Bimbang Keadaan Lima Sungai Tercemar Di Pantai Timur Sabah
KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Lima sungai di pantai timur Sabah kini tercemar.
Berikutan tidak ada kemajuan ketara dalam usaha membersihkan sungai berkenaan iaitu Sungai Muanad, Sungai Segaliud, Sungai Kalumpang, Sungai Pang Burong dan Sungai Segama, pencemaran telah menjejaskan kualiti air untuk kegunaan manusia.
Hidupan akuatik di lima sungai itu turut terjejas.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun melahirkan kebimbangan dengan keadaan pencemaran di sungai berkenaan.
Beliau berkata tiada kemajuan ketara dalam usaha membersihkan sungai berkenaan yang kualiti airnya tidak sihat untuk kegunaan manusia.
"Terdapat banyak aduan diterima daripada penduduk terbabit yang terus menerus menghantar sampel air tercemar kepada saya," katanya dan menurutnya pelaksanaan tahap Permintaan Oksigen Biologi (BOD) perlu dikuatkuasakan.
"Saya telah mengadakan perjumpaan dengan (pemain) industri yang bersedia melaksanakannya secara progresif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar kebangsaan mengenai Kajian Kesan Kilang Minyak Sawit, Perladangan Kelapa Sawit dan Bahan Pencemar Lain ke atas Kualiti Sungai Terpilih di Sabah di sini hari ini.
BOD menunjukkan amaun bahan cemar dalam air. Tahap BOD rendah menandakan kualiti baik air dan tahap high BOD menunjukkan air tercemar.
Bagaimanapun, Masidi berkata masih "ada pihak yang degil" yang enggan mengguna pakai teknologi baru untuk membersihkan sungai-sungai tercemar yang digunakan oleh kira-kira 10,000 penduduk di 20 kampung.
"Teknologi ada...persoalannya ialah kesediaan untuk melabur wang untuk ianya dipasang pada kilang mereka," katanya sambil mengakui bagaimanapun aktiviti lain seperti perlombongan pasir dan penempatan di tepi sungai turut menyumbang kepada pencemaran.
Beliau berkata antara sungai yang mencapai tahap pencemaran kritikal ialah dan Sungai Muanad dan Sungai Segaliud.
Masidi berkata kajian yang dilakukan kerajaan negeri di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah merumuskan 17 strategi dan 183 cadangan pelan tindakan untuk menaik taraf dan membersihkan lima sungai itu menjelang 2020.
cara berfikir penduduk perlu diubah dan tanamkan kesedaran akan pentingnya kebersihan untuk mewujudkan kecintaan terhadap alam sekitar.
BalasPadammemandangkan keadaan sungai yang ketara tercemar, harap pelaksanaan BOD ini dapat dikuatkuasakan dengan segera oleh kerajaan negeri.
BalasPadamharap usaha membersihkan sungai2 yang disebutkan di atas dapat dijalankan secepat mungkin
BalasPadamsungai2 tersebut harus dilindungi, jgn biarkan ia terus tercemar.
BalasPadamDalam hal ni semua pihak harus bertanggungjawab dan bekerjsama dalam usaha bersama menjaga kualiti sungai.
BalasPadampemilik ladang dan kilang kelapa sawit perlu memastikan operasi mereka agar tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya sungai. pengusaha kilang kelapa sawit sepatutnya bersedia melaburkan wang bagi memasang dan menggunakan teknologi baru.
BalasPadamharap pihak industri ada kesediaan untuk melabur wang untuk teknologi baru yang dapat dipasang pada kilang mereka
BalasPadam1 pihak saja yang bertungkus lumus menjayakan kebersihan sungai tidak akan mencapai objektif.
BalasPadamdiharap kawasan2 sungai yang masih mempunyai tahap kebersihan sungai yang baik dapat dikekalkan.
BalasPadamAir tawar bersih adalah sumber yg semakin susah untuk dijumpai...jadi sungai2 yg ada & masih bersih sekarang perlu dijaga sebaik2nya....
BalasPadamMasidi berkata kajian yang dilakukan kerajaan negeri di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah merumuskan 17 strategi dan 183 cadangan pelan tindakan untuk menaik taraf dan membersihkan lima sungai itu menjelang 2020. - harap ini dapat dilaksanakan dengan jayanya!
BalasPadamsemua pihak harus bekerjasama membantu membersihkan sungai2 yang tercemar dan semoga menjelang 2020 semua masalah pencemaran dapat diselesaikan
BalasPadamMacam mana sekalipun jaga kebersihan, kalau sisa dari kilang dialirkan di kawasan itu sama juga ceritanya..
BalasPadamMacam Sg Muanad tu, terang2 sisa kilang puncanya tapi takda tindakan pun.. Selalu tutup kes. Saya hairan juga kenapa kilang tu tak kena tindakan.
BalasPadamJadi pihak yang bertanggungjawab harus siasat puncanya dan pastikan tindakan tegas dikenakan.. Bukan tutup kes ja:P
BalasPadamTapi saya harap apa yang si Masidi cakap tu dapat dilaksanakan dengan lancar.
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
BalasPadamSedih melihat sungai-sungai yang tercemar seperti ini. Kita perlulah mengambil tindakan untuk menyelamatkan sungai kita.
BalasPadamPihak berkuasa perlulah mengadakan gotong royong untuk membersih dan merawat sungai-sungai yang tercemar ini. Jangan biar isu ini terus melarat.
BalasPadamusaha untuk membersihkan sungai yang tercemar perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
BalasPadampemantauan juga perlu sentiasa dilakukan dan pihak yang melakukan pencemaran harus dikenakan tindakan.
BalasPadamSebaiknya kualiti sungai ini perlu dijaga oleh pengusaha lain yang mencemarkan sungai ini. Jangan biarkan perkara ini berteruskan. Selamatkan sumber air kita.
BalasPadamPihak tertentu juga memainkan peranan mereka untuk memastikan pembuangan sisa kedalam air adalah mengikut piawai yang ditetapkan.
BalasPadamTanggungjawab rakyat juga bagi mengurangkan kegunaan air malah janganlah membuang sampah ke dalam sungai.
BalasPadamtidak senanglah menguruskan pencemaran ini.
BalasPadamHarap masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat, kualiti air sangat penting.
BalasPadamTiada kemajuan? Susahalh macam ini...
BalasPadamKerajaan perlu berusaha lagi.
BalasPadam"ada pihak yang degil" yang enggan mengguna pakai teknologi baru untuk membersihkan sungai-sungai tercemar yang digunakan oleh kira-kira 10,000 penduduk di 20 kampung."
BalasPadamharap pihak berkuasa mengambil tindakan supaya penduduk dibekalkan dengan bekalan yang bersih.
Sering keperluan asas penduduk-penduduk diabaikan. Seharus pihak kerajaan mengutamakan rakyat.
BalasPadamSering keperluan asas penduduk-penduduk diabaikan. Seharus pihak kerajaan mengutamakan rakyat.
BalasPadamPencemaran adalah tanggung jawab dan sikap penduduk dan pengusaha yang kurang peka terhadap kebersihan alam sekitar. Penduduk kampung dan pengusaha seharus menjaga kebersihan supaya sungai tidak tercemar.
BalasPadam"Masidi berkata kajian yang dilakukan kerajaan negeri di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah merumuskan 17 strategi dan 183 cadangan pelan tindakan untuk menaik taraf dan membersihkan lima sungai itu menjelang 2020."
BalasPadamPerancangan yang baik, seharus mengambil tindakan yang cepat supaya alam sekitar tidak tercemar.
Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggung jawab semua pihak. Kempen membersihkan air adalah menyelesaikan sikap penyelewengan penduduk tersebut, tidak harus menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan.
BalasPadamIt is sad that most of the rivers are remain polluted.
BalasPadamMemang menyedihkan apabila warga Sabah memang tidak peka dengan masalah yg berlaku.
BalasPadamDont merely blame the government. We are the main contributors after all.
BalasPadamSaya sokong pernyataan di atas.
BalasPadamMirror yourself.
BalasPadamKebersihan alam sekitar seharus tanggung jawab semua orang dan bukannya kerajaan sahaja. Peranan kerajaan dalam perkara ini cuma memainkan peranan memantau dan cuba untuk selesaikan masalah pencemaran.
BalasPadam"Berikutan tidak ada kemajuan ketara dalam usaha membersihkan sungai berkenaan iaitu Sungai Muanad, Sungai Segaliud, Sungai Kalumpang, Sungai Pang Burong dan Sungai Segama, pencemaran telah menjejaskan kualiti air untuk kegunaan manusia."
BalasPadamPencemaran berlaku atas sikap manusia sendiri. Tidak harus menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah pencemaran tersebut. Masalah telah timbul, semoga kerajaan memberi kerjasama untuk membaiki kualiti air sungai.
Pihak berkuasa seharus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan alam sekitar terutama pencemaran.
BalasPadam"kajian yang dilakukan kerajaan negeri di bawah Koridor Pembangunan Sabah telah merumuskan 17 strategi dan 183 cadangan pelan tindakan untuk menaik taraf dan membersihkan lima sungai itu menjelang 2020."
BalasPadamSemoga program tersebut menghasilkan kesan yang positif.
"Teknologi ada...persoalannya ialah kesediaan untuk melabur wang untuk ianya dipasang pada kilang mereka,"
BalasPadamYang berkaitan dengan kewangan, memang bukan senang untuk kilang-kilang melabur untuk membaiki pencemaran sungai tersebut.
kerajaan patut mempunyai kuasa menghentikan operasi mana2 kilang yang enggan menggunakan teknologi baru itu.. sekadar memberikan arahan atau nasihat tanpa sebarang tindakan, tidak akan membuahkan hasil..
BalasPadam