Rabu, September 14, 2011

LESEN PUSAT JUDI “JACKPOT” PERLU DIKAJI SEMULA & HAPUSKAN CAJ PERKHIDMATAN 6% TELCO - AZIZAH

BEAUFORT 13 Sept. – Pengeluaran lesen judi perlu dikaji semula kerana kewujudan pusat judi yang tumbuh bak cendawan di negeri ini membimbangkan banyak pihak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji semula pengeluaran lesen judi tersebut kerana ia banyak memberi implikasi buruk.

Katanya, perjudian mesin slot menyebabkan orang ramai leka berjudi dan melupakan tugas kepada keluarga, sekali gus menyebabkan banyak berlaku masalah sosial seperti keruntuhan moral dan institusi keluarga.

“Ia mengorbankan kesejahteraan keadaan keluarga yang baik dan pendapatan yang diperoleh pula dihabiskan untuk berjudi. Ini mengakibatkan anak-anak terabai dan persekolahan mereka dipinggirkan.

“Semua ini akan merosakkan masa depan anak-anak dan menyebabkan mereka terlibat dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Merdeka Raya Persatuan Kebajikan Wanita (PKW) Kampung Selagon, di sini semalam.

Azizah berkata, kementeriannya akan mengadakan satu kajian yang akan meminta kerajaan negeri Sabah untuk mengkaji dan melihat semula implikasi kewujudan banyak pusat perjudian, khususnya yang melibatkan mesin slot.

“Apabila mereka sudah terlalu banyak hutang dan ketagih berjudi, mereka juga mungkin akan melakukan pecah amanah dan melakukan jenayah lain kerana perlukan wang untuk berjudi atau membayar hutang,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias turut meminta pihak berkuasa seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) meningkatkan usaha membanteras pembabitan orang Islam dalam perjudian.

----

Bukan setakat tangguh, tapi tarik balik caj enam peratus

Caj enam peratus oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (Telcos) bukan sahaja ditangguhkan tetapi pihak berkaitan perlu menarik semula hasrat mereka.

“Harapan kita bukan sahaja ditangguhkan malah dibuat kajian semula. Saya rasa mereka sudah mempunyai keuntungan yang begitu banyak dan janganlah lagi membebankan kepada rakyat pula.

49 ulasan:

  1. sepatutnya pengeluaran lesen judi ni dihentikan saja.

    BalasPadam
  2. Rupanya kegiatan perjudian ini dibenarkan melalui undang2. perihal berhubung dengan judi ada diperuntukkan dalam beberapa akta antaranya ialah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953(Akta 289), Akta Pertaruhan 1953(Akta 495), Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator)1961 (Akta 494, Akta Loteri 1952 (Akta 288)dan lain2.

    BalasPadam
  3. penarikan balik lesen dan permit perjudian dapat mengurangkan kejadian2 jenayah dan aktiviti2 yang tidak baik. jadi, adalah wajar jika kerajaan bertindak menghentikan pengeluaran lesen perjudian.

    BalasPadam
  4. kalau boleh hapuskan sahaja lesen ini kerana perjudian mesin slot ini boleh membawa ketagihan kepada mereka yang terlibat

    BalasPadam
  5. ketagihan berjudi juga boleh melibatkan pinjaman haram dari 'ah long' secara tidak langsung

    BalasPadam
  6. pihak berkuasa seperti MUIS dan JHEAINS memang patut meningkatkan lagi usaha mereka membanteras pembabitan orang Islam dalam perjudian.

    BalasPadam
  7. ya setuju, harap caj 6% ini dapat ditarik balik kerana ini akan membebankan pengguna

    BalasPadam
  8. empat pengendali utama telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile sememangnya telah mengaut keuntungan yang banyak dari pengguna2, jadi wajar juga caj 6% ini ditarik balik

    BalasPadam
  9. Kalau dibatalkan saja lesen tu lagi bagus. hahhaa.. Tapi bet8l lah makin banyak tempat main judi sekarang ni.

    BalasPadam
  10. Pihak yang berkenaan harus rajin membuat pantauan dan pastikan kegiatan judi kalaupun ada tapi masih boleh dikawal. Kalau tak dapat kawal dah itu masalah tu:P

    BalasPadam
  11. Mengenai caj 6% tu, memang tak masuk akal langsung. Kenapa pula mahu dilaksanakan??? Sudah susah, tambah susah lagi macam ni.

    BalasPadam
  12. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan buatlah apa yang patut dan terbaik untuk rakyat.

    BalasPadam
  13. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    BalasPadam
  14. Kewujudan pusat jackpot ini menggalakkan rakyat kita berjudi menyebabkan mereka hutang sepinggang.

    BalasPadam
  15. Harap caj perkhidmatan telco tidak akan diluluskan buat selama-lamanya.

    BalasPadam
  16. tak perlulah nak wujudkan pusat judi byk2, lebih baik kita banteras kegiatan judi yang membawa lebih byk keburukan.

    BalasPadam
  17. dan amat diharap agar caj Telco 6% dihapuskan sahaja.

    BalasPadam
  18. kewujudan pusat-pusat judi boleh memberikan pelbagai kesan negaif terhadap masyarakat termasuklah masalah hutang dan ah long..

    BalasPadam
  19. individu juga perlulah tahu membezakan mana yang baik dan buruk..

    BalasPadam
  20. Judi inilah yang menyebabkan ramai orang menjadi bankrupt. Maka hindari diri dari berjudi.

    BalasPadam
  21. Kerana judi ini ramai orang terlalai dan terlena dengan tanggungjawab mereka kepada keluarga dan tugas mereka. Ada yang sanggup berhutang sana sini hanya kerana ketagih dengan perjudian ini.

    BalasPadam
  22. the gambling habit can really destroy a person's reputation and life.

    BalasPadam
  23. Hope there's a way to solve this problem before it gets worse.

    BalasPadam
  24. They shouldn't give away any licenses, it's useless to everyone.

    BalasPadam
  25. Betul, lesen pusat judi jackot perlu dikaji.

    BalasPadam
  26. I really hope there's a better explanation for this.

    BalasPadam
  27. Semuanya perlu dikaji. Mesin slot dan 6% telco tu.

    BalasPadam
  28. "perjudian mesin slot menyebabkan orang ramai leka berjudi dan melupakan tugas kepada keluarga, sekali gus menyebabkan banyak berlaku masalah sosial seperti keruntuhan moral dan institusi keluarga."

    Betul kata beliau, aktiviti perjudian seharus diharamkan sebab dia membawa impak yang sangat negatif kepada keluarga dan golongan muda.

    BalasPadam
  29. “Apabila mereka sudah terlalu banyak hutang dan ketagih berjudi, mereka juga mungkin akan melakukan pecah amanah dan melakukan jenayah lain kerana perlukan wang untuk berjudi atau membayar hutang,”

    Kerajaan seharus lebih tegas untuk kelulusan lesen yang berkaitan dengan kejudian tersebut. Banyak jes jenayah memang berkait rapat dengan aktiviti judi ini.

    BalasPadam
  30. Why porno thing never been banned thoroughly?

    BalasPadam
  31. Lucu la, padahal kaum *censored* yang banyak pergi ke tmpt mcm tu.

    BalasPadam
  32. Kalau untuk kebaikan, apa salahnya.

    BalasPadam
  33. "kerajaan negeri perlu mengkaji semula pengeluaran lesen judi tersebut kerana ia banyak memberi implikasi buruk."

    Kalau tertagih dengan sikap menjudi ini, susah untuk menghentikannya lagi. Masing-masing perlu amalkan sikap yang baik supaya tidak ketagihan dalam aktiviti perjudian.

    BalasPadam
  34. Lagi buruk keadaan ekonomi di Sabah, lagi ramai orang mencari alasan supaya mencuba nasib di kedai jackpot sebegini untuk mendapatkan pendapatan.

    BalasPadam
  35. No supply ~ no demand.

    Government should pay a role to restrict gambling activity that causes harmful consequences and ruin the country.

    BalasPadam
  36. Siapakah yang seharus disalahkan? Penjudi sendiri? Kerajaan yang mengeluarkan lesen pusat menjudi?

    BalasPadam
  37. Masyarakat sendiri kena bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan keluarga, tidak harus terpengaruh dengan aktiviti kejudian tersebut. Kerajaan hanya memainkan peranan kedua penting tetapi manusia sendiri kena jaga sikap sendiri.

    BalasPadam
  38. Betul katanya, begitu ramai yang sering cuba nasib di judi termasuk orang kaya dan miskin. Persoalannya, berapa antara mereka ini yang betul-betul menang dalam kejudian? Berjuta-juta yang rugi dalam judi tersebut.

    BalasPadam
  39. Jumlah orang yang menang dalam judi boleh dikira dengan jari, yang rugi bukan rugi mata duit sahaja tetapi merugikan kebahagian sekeluarga serta nyawa sendiri.

    BalasPadam
  40. Semoga kerajaan lebih berhati-hati dan tegas terhadap kelulusan lesen pusat kejudian tersebut. Ekonomi merosot, begitu ramai yang cuba nasib tetapi lagi dahsyat keadaannya.

    BalasPadam
  41. menghentikan operasi semua premis perjudian di negara ini mungkin mustahil.. tapi untuk mengurangkan jumlahnya supaya mudah dikawal mungkin boleh dipertimbangkan..

    BalasPadam
  42. berkenaan dengan cukai 6%, jika sebelum ini syarikat telco mampu menyerap 5% cukai prepaid, kenapa kali ini tidak mampu pula? atau mungkin syarikat telco mahu mnegikuti jejak langkah Astro?

    BalasPadam
  43. pengeluaran lesen judi mesin slot ni memang dah lama dibekukan, bermakna buat masa sekarang kerajaan hanya memperbaharui sahaja lesen dan permit judi mesin slot ni kepada kelab yang sudah ada.kat malaysia ni hanya ada 88 kelab persatuan, 71 kelab syarikat dan 1 kasino iaitu genting highlands yang diberikan permit dan lesen mengendalikan mesin slot.tiada lagi pengeluaran lesen baru berkaitan perjudian termasuklah lesen nombor ekor.lesen mengendalikan mesin slot juga tidak pernah dikeluarkan kepada premis2 kedai melainkan kelab sahaja.sekiranya ada, ia sememangnya aktiviti perjudian haram dan boleh diadukan kepada pihak PBT dan POLIS.

    BalasPadam
  44. Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

    kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam....

    BalasPadam
  45. Kerajaan Negeri Sabah sepatutnya menghentikan serta merta aktiviti judi MESIN SLOT di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu. Akibat perjudian ini ramai penduduk dari suku Kadazandusun jatuh misikin. Tanah pusaka habis dijual tapi tak ada hasil, malahan hutang lagi bertimbun. Ditanya kenapa dia main judi, dia jawab sudah ketagih kerana kebetulan Kelab Judi itu dekat rumahnya.

    BalasPadam
  46. Saya berpendapat Mesin Slot ini jika dikekalkan juga, biarlah diletakkan disatu tempat seperti di Pulau Gaya, di Sekitar Gunung Kinabalu atau di tempat-tempat peranginan seperti di Genting Highland. Tujuan: supaya mereka yang berkemampuan sahaja yang boleh bermain judi. Kerajaan Negeri Sabah seharusnya mengelakkan Kelab Judi Mesin Slot dekat dengan perumahan atau dekat dengan kedai. Tapi di Penampang dan Kota Kinabalu kelulusan untuk menubuhkan Kelab Judi Mesin Slot amat tidak bijak. Patut Kerajaan Sabah menimbang masalah ini kerana ini mendedahkan rakyat biasa dan berpendapatan rendah mencuba nasib yang tak ada kesudahannya di sini.

    BalasPadam
  47. Seorang kawan mengeluh dan berhasrat mahu minta pertolongan daripada saya kerana terlalu dibebani hutang. Sepanjang zaman pekerjaannya dihabiskan di Judi Mesin Slot. Dia cuba berhenti tapi tak dapat, seperti "Anjing Balik Makan Tahi" Katanya. Setiap kali dapat duit mesti masuk Mesin Slot. Kerugian range from RM500 hingga RM1000 sekali masuk. Dulu katanya O.K lagi ada game kerana pulang pokok juga tapi sejak 4 tahun lalu jika masuk RM1000 paling banyak yang balik RM700 , dia teruskan permainannya yang balik RM450, masuk lagi yang RM450 ini, maka akhirnya habis juga. Dia terpaksa keluar kad kredit, minta RM1000 dan cuba lagi.... masalah berulang. Kalah juga. Akhirnya dia balik rumah tengah malam tapi duit sudah habis, hutang tingggal hutang. Katanya dia Tak dapat tidur dan rasa berdosa. Berjanji tak masuk Mesin Slot lagi tapi bila dia dapat duit dia pigi masuk juga ke Kelab kerana mengharap duit rugi kemarin dapat balik, tapi ini tidak berlaku malahan tambah lagi kerugian. Hutang Kad kreditnya sehingga habis had hutang RM60,000.00, tetapi ini tatap mahu dibayar katanya. Dia bergaduh dengan isternya sampai tiga hari tak bertegur. Isteri mengancam mau kasi tinggal dia. Jika perkara ini berterusan berlaku tentulah ramai yang bankrap di Sabah. Atau perceraian mungkin berlaku, mungkin juga ada yang tak sedar membunuh diri akibat kekalahan judi. Kerajaan Negeri Sabah yang bertanggung jawab memberi Lesen Judi Kelab Mesin Slot sehingga terlalu banyak kelab di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu harus menginsafi perkara ini. Ini cuma seorang yang ditemubual, saya percaya jika ditemubual tentulah lebih ramai yang ditimpa nasib malang seperti ini. Saya berpendapat Kelab Judi Mesin Slot harus dihentikan segera demi kebaikan rakyat Sabah. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum sekarang. Jadi janganlah sampai pengusaha-pengusaha Kelab ini menjadi kaya raya sedangkan rakyat menjadi papa kedana.

    BalasPadam
  48. Ada sesetangah kelab mesin slot ini mengaji pekerja yang telah memeluk agama islam maka wajarlah pihak Jabatan agama memantau buka saja pelanggan di kelab tersebut tetapi juga pekerja.

    BalasPadam