Jumaat, Februari 01, 2013

PENDATANG INDIA MENGATAKAN PEROLEHI KAD PENGENALAN BIRU TANPA DOKUMEN SAH

Pendatang India mengatakan perolehi kad pengenalan biru tanpa dokumen sah

Oleh Boo Su-Lyn - TMI

KOTA KINABALU, 30 Jan — Seorang pendatang dari India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin beliau menerima kad pengenalan biru tanpa dokumen yang sah, sebaliknya menggunakan borang yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nasir Yusof, yang dilahirkan di Tamil Nadu, India, memberi keterangan beliau menerima kad pengenalan biru dari pejabat JPN di Kota Marudu, Kudat pada 1988, selepas lima tahun tiba di Sabah.

"Siapa suruh kamu tulis dilahirkan di Tuaran?" presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk John Sikayun bertanya ketika di RCI hari ini.

"Dia sudah tulis awal-awal, pegawai JPN di Kota Marudu," kata Nasir.

Nasir berkata beliau membayar RM12 dan menerima kad pengenalan biru dua bulan kemudian.

"Saya tidak membayar orang lain," katanya lagi.

Mengikut Undang-Undang Warganegara 1964, penduduk yang mahu menjadi warganegara mesti menjadi penduduk tetap selama 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.

Nasir berkata beliau mendaftar sebagai pengundi pada 1991 dan mengundi tiga kali, termasuk di parlimen Sepanggar.

"Saya undi tapi calon saya kalah. Saya undi PBS (Parti Bersatu Sabah), tapi kalah," katanya yang membuatkan seluruh dewan ketawa.

---------------------

‘It was easy to become Malaysian’

NRD officer put Berungis as birth place – immigrant

Pendatang haram mengatakan akan kembali ke Sabah selepas dihantar pulang

Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

Rakyat India dakwa perolehi IC biru hanya dengan perakuan bersumpah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan