Isnin, Disember 17, 2012

PARTI PEMBANGKANG AMBIL ALIH TAMPUK PEMERINTAHAN DENGAN MAJORITI DUA PERTIGA

Pilihanraya: Abe, parti pembangkang Jepun ambil alih tampuk pemerintahan

TOKYO 17/12/2012: Parti Konservatif Jepun iaitu parti pembangkang negara itu menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan semalam, seterusnya memberi laluan kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe untuk memegang tampuk pemerintahan buat kali kedua.

Keputusan pilihanraya berkenaan menyaksikan pengundi menolak tiga tahun pemerintahan Perdana Menteri Yoshihiko Noda dari Parti Demokratik Jepun (DPJ).

Bagaimanapun, jumlah pembuangan undi yang rendah selain terdapat rungutan tiada pilihan yang sebenarnya dalam pemilihan pemimpin negara itu, Abe enggan berdabik dada dan menganggap keputusan itu bukan pilihan sebenar rakyat Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan