Isnin, Disember 17, 2012

KEMARUK DIBELAI ‘JANTAN’

Kemaruk dibelai ‘jantan’

KUALA LUMPUR 16/12/2012: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD dan ANIZA ZAINUDIN

-----------------

Sudah tiduri 30 lelaki kenalan fb

pix_middle

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,”

Qila, mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

----------------

Harap pujian akhirnya mengandung

“Menjadi tujuan saya ingin menarik perhatian lelaki, justeru saya sanggup meletakkan nombor pin di status BBM, begitulah bermulanya perkenalan saya dengan ‘peragut’ mahkota kegadisan saya,”

Manja, gadis berusia 19 tahun.

-----------------

Tidak rela bertukar jadi seronok

“Saya terkejut, dengan tiga kali meneran, bayi cukup sifat selamat dilahirkan. Tangisannya pada awal pagi membuatkan saya buntu, sekali gus mengejutkan ahli keluarga yang nyenyak tidur.

Wani, menangis sambil mengendong bayi berusia dua minggu,

-----------------

Padah tidak pantau anak

“Inilah padahnya membiarkan remaja berinteraksi di alam maya tanpa pemantauan orang tua,”

Pakar motivasi dan perunding cara keluarga, Zawiyah Hassan

---------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan