Selasa, Disember 18, 2012

"KEADAAN JALAN TIDAK UBAH SEPERTI 'KUBANG KERBAU' – PENGERUSI JKKK

'Tolonglah jenguk nasib kami'

Salah sebuah rumah penduduk di Kampung Pook Laut, Kota Belud yang usang dan memerlukan bantuan kerajaan negeri.

KOTA BELUD 17 Dis. - Sebanyak 23 keluarga yang mendiami Kampung Popok Laut di sini mengharap simpati kerana masih belum mempunyai kediaman dan terpaksa menumpang di rumah keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung itu, Asmarah Matusin berkata, daripada 377 penduduk di kampung itu juga terdapat 13 buah keluarga miskin tegar yang amat memerlukan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, kampung itu sebenarnya terletak berhampiran dengan jalan utama, Jalan Kampar iaitu kira-kira 11 kilometer tetapi apabila tibanya musim hujan, kemudahan itu langsung tidak boleh dilalui kerana keadaannya yang amat teruk.

"Keadaan jalan tidak ubah seperti 'kubang kerbau', sebagai alternatif penduduk terpaksa meniti di pinggir jalan yang penuh dengan semak-samun, yang amat terdedah dengan binatang-binatang bisa.

Oleh MABULMADDIN SHAIDDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan