Sabtu, November 03, 2012

PR DESAK RCI SIASAT ADUN SEKONG

PR DESAK RCI SIASAT ADUN SEKONG & GUNDIK

LAPOR.....Citra (tiga dari kanan) bersama Mohammad Hussain (tiga dari kiri) dan Idris Jakirun (dua dari kanan) serta AJK Pakatan Rakyat menunjukkan Laporan polis yang dibuat di pintu masuk Balai Polis Tawau.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

2/11/2012: PAKATAN Rakyat Sabah hari ini mendesak agar Panel RCI yang bermesyuarat kelmarin menjalankan siasatan rapi terhadap Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan gundiknya, Pia Bte Dahlan; kerana disyaki PATI yang mendapat kerakyatan songsang melalui IC Projek.

Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi, yang menjadi jurucakap Pakatan Rakyat Sabah menjelaskan bahawa mereka membuat laporan polis bagi membantu Panel RCI yang diketuai Mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong setelah menjalankan siasatan selama lebih lima bulan lalu hasil pendedahan melalui Sabahkini.net.

"Kita telah mendapat maklumat daripada Team Kita di Tambisan dan Batu Sapi serta meminta Peguam kita membuat carian di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum datang ke Balai Polis Tawau untuk membuat laporan polis, agar siasatan segera dijalankan terhadap dua suspek utama ini; bagi membuka jalan kepada siasatan terhadap suspek lain yang memperolehi kerakyatan secara tidak sah iaitu melalui jalan tipuan, culas dan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan MyKad Malaysia," kata Citra di pintu masuk Balai Polis Tawau sebentar tadi.

Citra yang ditemani oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Mohammad Hussain; Ketua AMK Kalabakan, Idris Jakirun dan beberapa AJK Pakatan Rakyat menjelaskan pihaknya turut kesal kerana ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah, Samsudin menuduh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu sebagai PATI semata-mata kerana bapa Lahirul warganegara Indonesia dan mendesak RCI menjalankan siasatan; sedangkan kerakyatan Lahirul adalah sah kerana mengikut ibunya berketurunan Murut.

"Oleh kerana Samsudin tidak tahu undang-undang, maka kita ajar dia bagaimana mahu mengenalpasti PATI sebelum membuat tuduhan liar terhadap warganegara Malaysia yang mendapat kerakyatan yang sah seperti Lahirul," kata Citra.

Bagaimanapun Citra menafikan laporan ini dibuat sebagai 'Balas Dendam' terhadap Samsudin; sebaliknya secara kebetulan setelah pihaknya mendapat bukti yang lengkap untuk membantu Panel RCI; sesuai dengan pelawaan Panel RCI yang meminta pihak yang mempunyai bukti tampil membantu.

"Hasil carian di JPN dan atas nasihat peguam, kita membuat laporan polis kerana MyKad 550208125619/H0254832 yang diperolehi Samsudin dan 670315125012 yang digunakan Pia boleh ditarik balik sesuai dengan Seksyen 30 (3) kerana telah mengenalpasti mereka membuat kenyataan palsu," kata Citra yang memaklumkan hasil carian peguamnya, JPN bukan sahaja tidak pernah mengeluarkan sijil lahir kepada Samsudin, malah tidak mempunyai maklumat ibubapanya.

Citra memklumkan pihaknya akan membuat lebih banyak pendedahan berhubung beberapa VIP dalam masa yang singkat bagi memudahkan tugas Panel RCI menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam laporannya TAWAU/RPT/015980/12 yang dibuat pada jam 5 petang tadi, Citra mendakwa bahawa;

"PADA lebih kurang jam 2.10 petang tadi saya menerima email daripada Team Pemantau AMK PKR di Kota Kinabalu berhubung rekod Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya yang saya percaya mendedahkan identiti sebenar beliau iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan 550208125619/H0254832 melalui ikrar palsu atau memalsukan keterangan diri; sejajar dengan keterangan dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara iaitu Warganegara secara kuatkuasa undang-undang Perkara 30 (3).

Setelah merujuk Perlembagaan Persekutuan Fasal 30 (3) iaitu "Bagi maksud menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai warganegara Persekutuan, apa-apa soal sama ada dia dilahirkan sebagai warganegara suatu negara lain hendaklah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dan perakuan Kerajaan Persekutuan mengenai soal itu adalah konklusif (melainkan jika dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian sesuatu fakta material).

Selaku Ketua Penerangan AMK PKR, maka saya datang ke balai membuat laporan agar Panel RCI yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia menyiasat Samsudin kerana beliau seorang Wakil Rakyat UMNO (Penggubal Undang-Undang) yang saya percaya ada kaitan dengan Sindiket MyKad Palsu dan kerakyatan songsang; termasuk sebagai dalang mendapatkan Mykad 670315125012 untuk gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Memandangkan Samsudin tidak mempunyai Sijil Lahir dan rekod JPN menunjukkan beliau memperoleh kerakyatan melalui jalan songsang; maka saya mendesak agar kewarganegaraannya ditarik balik, sejajar dengan peruntukan Fasal 30 (3). Bersama ini disertakan salinan rekod Samsudin dan Pia serta cabutan Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan."BUKTI.....Rekod Samsudin ini membuktikan bahawa beliau bukan lahir di Sabah dan mendapat MyKad berdasarkan Surat Akuan sejajar dengan Perkara 30 (3) Perlembagaan Persekutuan.

SAMA......Pia juga mendapat kerakyatan melalui modus operandi yang sama dengan Samsudin.

MAKSUD....Cabutan Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan maksudnya sendiri.

-----------------------

Adun Sekong: `Isteri saya seorang’

“Isteri saya hanya seorang. Beliau bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namanya Datin Junaidi Aji.

“Tidak ada yang lain…”

“Macam-macam dia cakap, saya tidak mahu layan kerana ia buang masa. Saya juga tidak mahu ambil tindakan terhadap beliau,”

Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan