Khamis, Oktober 18, 2012

TERTUDUH TIDAK MENGAKU SALAH

Tertuduh tidak mengaku salah

KOTA KINABALU 16/10/2012: Seorang lelaki warga asing yang didakwa membunuh seorang lelaki tempatan awal tahun ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini kelmarin.

Oleh itu, Hakim Datuk David Wong Dak Wah menetapkan pada 17 Disember tahun ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menetapkan tarikh bicara terhadap Julito Raliorata Pusod, 43.

David juga mengarahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemerhatian.

Tertuduh didakwa membunuh Stanley John, 27, pada 11 Mac tahun ini antara jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi, di luar pejabat kolam udang Nirawang Sdn Bhd, Lok Batik jalan Sulaman, Tuaran.

Sekiranya disabitkan bersalah, Julito boleh disabitkan hukuman gantung mandatori, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kini dia direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, yang tidak ditawarkan ikat jamin.

Peguam Ram Singh membuat permohonan kepada mahakmah agar tertuduh dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemerhatian.

Namun, Timbalan Pendakwaraya Jamil Aripin memberitahu tertuduh tidak menunjukkan sebarang masalah mental ketika melakukan kesalahan berkenaan. Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan kepada mahkamah.

Dalam kes berasingan, mahkamah menjadualkan semula pada 7 hingga 11 Januari tahun depan sebagai tarikh bicara terhadap seorang inspektor atas tuduhan membunuh seorang wanita tempatan.

Ahmad Rizal Umar, 29, yang turut diwakili Ram didakwa membunuh Kartini Borhan, 28, pada 29 September tahun lalu antara jam 4 hingga 5 pagi, di sebuah rumah, Lot 7, Phase 5, Taman Adika, Keningau.

Kelmarin adalah untuk status siasatan berhubung dengan surat daripada kakak tertuduh. Berkenaan surat terbabit menyatakan, seseorang di dalam penjara ada memaklumkan kepada tertuduh, bahawa ada seseorang yang mengaku melakukan kesalahan itu.

“Kami telah merekodkan kenyataan orang itu, tapi pihak polis tidak dapat mengesannya,” katanya dan menambah, pihak pendakwaan juga sedang mendapatkan pakar patologi yang lain bagi memeriksa kesan tikaman di bahagian belakang tertuduh, sama ada dilakukannya sendiri atau sebaliknya.

Kini, Rizal turut direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

by CLARICE USOP

-------------------

POLICE LAUNCH MASSIVE MANHUNT FOR A FOREIGNER FOR MURDERING LOCAL

A3815

Tiada ulasan:

Catat Ulasan