Isnin, Oktober 22, 2012

PRU13: BN MAHU MENANG BESAR, KATA NAJIB

PRU13: BN mahu menang besar, kata Najib

PRU13: BN mahu menang besar, kata Najib

KUALA LUMPUR 21/10/2012- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik Bernama,  Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

"MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang. 

"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.

Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.

Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita.

NOORALISA BASIRON

-------------------

PRU-13 Sesuai Bila-bila Masa Dari Sekarang - Tun M

Malaysia’s premiers have own leadership style — Dompok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan