Isnin, Oktober 22, 2012

LENGAN WANITA NYARIS PUTUS DIKAPAK PERAGUT

Lengan dikapak peragut

NGERI...kesan tompokan darah daripada kecederaan dialami mangsa yang ditetak.

NGERI...kesan tompokan darah daripada kecederaan dialami mangsa yang ditetak.

KENINGAU 22/10/2012: Seorang wanita nyaris putus tangan kiri akibat ditetak dengan kapak apabila cuba mempertahankan beg tangan dibawanya daripada diragut penjenayah di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang.

Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang.

“Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya.

“Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah,” katanya.

Oleh Junaidi Ladjana dan Cleo Will

Tiada ulasan:

Catat Ulasan