Khamis, Oktober 18, 2012

PELAN DAMAI FILIPINA-MILF BERI KESAN POSITIF KEPADA SABAH: PPKP

Pelan damai Filipina-MILF beri kesan positif kepada Sabah: PPKP

KOTA KINABALU 18/10/2012: Pelan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berhubung krisis yang berlarutan selama ini bakal memberi impak positif kepada langkah komprehensif kerajaan dalam menangani kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Negeri, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata usaha pelan damai itu mampu menjadi pemangkin kepada rakyat Filipina untuk tertarik pulang semula ke negara asal mereka.

“Sekiranya berjalan lancar, kebaikan pelan damai ini akan dapat mengurangkan kehadiran PTI di Sabah dengan wujudnya faktor jaminan keamanan dan keselamatan.

“Rakyat Filipina yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan tertarik pulang ke negara asal untuk memulakan kehidupan baru di tanah kelahiran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan Sulaman kelmarin.

Menurut beliau, menerusi pelan damai itu kebimbangan parti-parti politik dan rakyat Sabah terhadap kehadiran PTI serta persepsi negatif terhadap kerajaan akan berkurangan secara tidak lansung.

Selain wujudnya rancangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kebanjiran PTI Filipina, usaha itu turut akan merancakkan lagi usaha menangani masalah berkenaan.

Bagaimanapun, Suhaimi turut berpendapat terdapat kesukaran berhubung pelarian warga Filipina yang telah lama menetap di negeri ini sejak tahun 1970an (waktu krisis).

“Kita difahamkan, ada di kalangan warga Filipina telah mempunyai perniagaan besar dan keluarga di sini malah ada juga yang telah memiliki kad pengenalan.

“PPKP berpendapat adalah sukar bagi mereka untuk meninggalkan negeri ini ekoran keadaan damai selain peluang ekonomi yang tersedia di sini.

“Oleh demikian, kita berharap agar pelarian warga Filipina terbabit pulang secara sukarela ke tanah kelahiran mereka.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi PPKP akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk mengadakan kempen penghantaran pulang warga Filipina ke negara asal mereka,” katanya.

-----------------

8,735 PTI telah dihantar pada September lepas

NAJIB: M’SIA TO HELP SUSTAIN PEACE DEAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan