Selasa, September 11, 2012

SEGERAKAN P/RAYA KERANA KAMI TELAH JEMU MENUNGGU...

Segerakan P/Raya Kerana Kami Telah Jemu Menunggu...

SDR PENGARANG,

September 10, 2012: AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.

Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.

Setiap tarikh berkenaan mempunyai beberapa sebab tertentu kenapa ia dipilih dan dikatakan sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Dan bulan November dipilih atas beberapa sebab. Pertama ia adalah satu-satunya bulan yang masih tinggal pada tahun ini yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Bulan ini adalah bulan pembentangan bajet. Bulan depan (Okt) adalah bulan orang Islam mengerjakan haji.

Bulan Disember adalah yang paling tidak sesuai kerana musim tengkujuh tiba dan ini memberi masalah kepada persediaan logistik dan juga persediaan untuk mengadakan satu pilihan raya umum.

Maknanya, jika tidak diadakan pada tahun ini, maka kita semua terpaksa melupakan pilihan raya umum sehinggalah menjelang tahun hadapan.

Tahun hadapan pula, kerajaan yang ada sekarang hanya sah berkuasa secara teknikalnya sehingga 28 April kerana menjelang tarikh itu, genaplah lima tahun pemerintahannya - iaitu suatu tempoh maksimum sesuatu kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah.

Selepas tarikh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.

Ini bermakna, paling maksimum pun pilihan raya perlu diadakan menjelang Jun 2013.

Namun begitu, ini belum lagi lah pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara kita.

Tahun hadapan dengan ekonomi global dijangka menjadi lebih tidak menentu, apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia mengambil risiko tersebut.

Bagi saya, jalan yang paling selamat ialah adakan pilihan raya tahun ini.

Dan sepertimana akhbar The Star, saya sebagai rakyat jelata juga mahukan perihal pilihan raya ini diselesaikan dengan segera tanpa tangguh-tangguh lagi iaitu menjelang bulan November nanti.

Satu-satunya penghalang ialah peperiksaan SPM dan STPM yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 19 November depan.

Bagaimanapun sejarah telah pun membuktikan bahawa pilihan raya pernah dilangsungkan pada musim peperiksaan berkenaan iaitu pada tahun 1999. Jadi segerakanlah pilihan raya umum kerana kami telah jemu menunggu...

HAJI MARSID

Pendang, Kedah

27 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tidak tahulah bila Datuk Najib akan mengadakan Pilihan Raya, kita tunggu saja pengumuman rasmi.

      Padam
    2. tarikh PRU kena ditetapkan pada masa yang benar2 sesuai.

      Padam
  2. Bagaimana mahu segerakan jika RCI pun belum dilaksanakan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, harap-harap RCI akan diadakan sebalum PRU-13. Kita tunggulah arahan daripada PM untuk panel RCI memulakan penyiasatan.

      Padam
  3. Kita tunggu saja berita mengenai PRU ini bila agaknya akan dilaksanakan. Memang sudah lama dinantikan namun masih belum ada siapa pun tahu bila PRU akan diadakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, tiada siapa yang tahu bila pru akan diadakan.

      Padam
  4. tunggu saja pengumuman dari najib bila pru13 akan diadakan..

    BalasPadam
  5. "Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November."

    tidak bosan ka meramal pilihanraya? dari tahun lepas hingga la ke tahun ini.. baik buat saja ramalan setiap hari itu adalah tarikh pilihanraya.. confirm kena tu..

    BalasPadam
  6. "Dan sepertimana akhbar The Star, saya sebagai rakyat jelata juga mahukan perihal pilihan raya ini diselesaikan dengan segera tanpa tangguh-tangguh lagi iaitu menjelang bulan November nanti."

    sejak bila pula pilihanraya ditangguh??? bila masa pula tempoh 5 tahun Najib sudah berakhir??

    BalasPadam
  7. masa ada ura2 pilihanraya diawalkan (2011), pembangkang juga yang membantah siap buat tuduhan kononnya BN takut mengadakan pilihanraya lebih lama kerana sokongan rakyat semakin lama semakin menurun..

    BalasPadam
  8. tunggu saja..bila tiba masanya pasti akan diadakan juga.

    BalasPadam
  9. tidak tahu bila pru akan dibuat, sebaiknya sentiasalah bersedia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua parti yang bakal bertanding perlulah segera menggerakkan jentera menghadapi PRU-13.

      Padam
  10. Datuk Najib Razak pernah berkata beliau tidak akan membubarkan parlimen selagi belum habis tempohnya sebagai PM.

    BalasPadam
  11. Kelihatan Parlimen masih belum ada niat untuk dibubarkan, mungkin PRu-13 boleh ditangguhkan sehingga awal tahun depan.

    BalasPadam
  12. apapun, perlu ada persedian menghadapi PRU.

    BalasPadam
  13. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) School of Social, Development andEnvironment chairman, Assoc Prof Dr Fuad Mohd Jali, said Najib wanted the peopleto enjoy the benefits from the transformation programmes implemented by thegovernment.

    BalasPadam
  14. "I think Najib wants to ensure 2/3 majority win for Barisan Nasional (BN). He also wants to ensure that all promises, such as going to the ground to meetthe people, are fulfilled. We can feel it already."

    BalasPadam
  15. He said this during question time at the roundtable discussion on ''13thGeneral Election: Who Will the Malaysians Vote For?'' organised by the Political,Security and International Affairs Cluster of the National Professors Council.

    BalasPadam
  16. As such, Dr Fuad said he expected the 13th general election to be held around November this year or after the Chinese New Year celebration next year.


    BalasPadam
  17. On a question whether the Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would make an impact in the 13th general election, Dr Fuad said a candidate must not corrupt, but instead should have a good personality and moral values.

    BalasPadam
  18. "These criteria have vital roles, but they depend on how the people see thecandidate. The people can think for themselves," he said.

    BalasPadam
  19. Meanwhile, Assoc Prof Dr Rohana Yusof from Universiti Utara Malaysia (UUM) said a recent survey showed that 70 per cent of 10,800 respondents in Kedah had no confidence in Anwar''s leadership.

    BalasPadam
  20. "They prefer to focus on issues that will benefit them and their future as compared to issues raised by Anwar, which are deemed outdated, fabricated and no longer have any impact," she said.

    BalasPadam