Jumaat, September 14, 2012

SALURAN TV IKUT ETNIK LEBARKAN LAGI POLARISASI KAUM

Saluran TV ikut etnik lebarkan lagi polarisasi kaum

14/09/2012 - Percambahan saluran televisyen mengikut budaya dan etnik ketika ini, terutama menerusi stesen berbayar dikhuatiri akan menjarakkan lagi polarisasi kaum di negara ini.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shahnon Mohamed Salleh, berkata ia kerana penonton televisyen biasanya lebih berminat untuk menonton rancangan yang sesuai dengan budaya dan cara hidup masing-masing, sekali gus tidak mendedahkan mereka dengan budaya kaum lain.

Beliau memberi contoh, pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan di peringkat rendah dan menengah serta menyambung pengajian di universiti di Taiwan dan China, manakala di rumah hanya menonton rancangan bersesuaian dengan bahasa, identiti dan cara hidupnya.

Justeru, mereka tidak ada interaksi dengan bahasa, budaya dan cara hidup kaum lain, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pengasingan Budaya Dalam Rangkaian Televisyen dan Kesannya Terhadap Pemahaman Antara Budaya: Kajian Kes Terhadap Astro di WCIT 2012 di sini, semalam.

Shahnon berkata, kurang pemahaman memahami budaya kaum lain terutama dalam kalangan generasi baru boleh merencatkan usaha menyatukan pelbagai kaum dalam masyarakat majmuk.

Beliau bagaimanapun berkata, sukar untuk menyalahkan rangkaian televisyen semata-mata kerana pihak berkenaan sebagai agensi swasta berpaksi kepada komersial dan keuntungan iaitu menyediakan rancangan yang boleh menarik ramai penonton.

Berikutan itu, Shahnon menyarankan rangkaian televisyen menambahkan rancangan sama ada drama atau dokumentari yang lebih bersifat 'Malaysia', agar tidak terperangkap dengan kesilapan era British yang melakukan pengasingan kaum sehingga mengurangkan interaksi antara rakyat.

5 ulasan:

  1. seseorang tidak boleh hidup tanpa bercampur gaul dengan kaum atau bangsa lain. kepelbagaian itu sangat penting dan pasti akan memberi kelebihan.

    BalasPadam
  2. Sekarang ni kalau saluran radio ikut etnik memang sudah lama wujud di Sabah cuma saluran tv tu rasanya belum ada. di astro memang ada tapi itupun masih baru. bagi saya, kewujudan saluran tv/radio ikut etnik ada baik dan buruknya. samada ia lebih bawa banyak kesan yang baik/buruk bergantunglah bagaimana penerimaan rakyat/pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  3. Jadi apa kata gabungkan semua rancangan dalam satu siaran.

    BalasPadam
  4. Apa pun kita patut terus mengekakalkan perhubungan antara semua kaum dan bangsa yang terdapat di Negara kita ini. 1 Malaysia.

    BalasPadam
  5. kadang2 bila hanya ada satu saluran, potensi untuk bias tu tetap akan wujud.. hanya satu kaum atau budaya sahaja yang memonopoli keseluruhan rancangan..

    BalasPadam