Khamis, Ogos 23, 2012

TABUNG SIMPANAN SUDAH RETAK?

Kesan Penarikan Diri Lajim Kepada BN

29/7/2012: PENGUMUMAN Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin yang beliau menarik diri daripada Umno dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pastinya bukan berita yang diharapkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak.

Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan. Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu. Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Mohd Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. Wallahualam.

A Kadir Jasin

32 ulasan:

  1. Tidak ada retak pun dengan ketiadaan Lajim. Kerana kita sedia tahu yang mana Lajim akan digugurkan juga pada PRU13.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dia tahu yang dia tidak lagi dicalonkan, maka dia pun keluar la meninggalkan parti yang telah bertahun2 berjasa kepada beliau..

      Padam
  2. Tindakan Lajim tidak akan menggugat parti jika BN dapat atasi sebarang masalah yang wujud dalam lepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami melihat sejauh mana Lajim membawa kesan kepada Bn.

      Padam
  3. tidak hairan Lajim keluar parti, sebab dia memang pernah lompat parti dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hormatilah keputusan lajim, yang penting Lajim masih sanggup memperjuangkan yang terabik untuk rakyat.

      Padam
    2. dulu dia lopat parti pun sebab tidak diberikan peluang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri..

      Padam
    3. Lompat parti untuk yang lebih baik apa salahnya? Melainkan beliau mementingkan misi sendiri.

      Padam
  4. setiap parti politik pun ada yang keluar dan ada yang masuk..inilah politik.

    BalasPadam
  5. kalau tengok BN Sabah masih lagi kuat dan mendpat sokongan.

    BalasPadam
  6. pembangkang pun sibuk berusaha untuk dapatkan sokongan tapi mereka masih tercari-cari kesepakatan yang masih belum berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin inilah yang si Lajim mahu.. ketidak sepakatan ini membolehkan Lajim bersaing untuk mendapatkan jawatan tertinggi.. sebaliknya parti yang bersatu seperti BN menyukarkan beliau mendapatkan jawatan Ketua Menteri atau timbalan ketua menteri..

      Padam
  7. Bn tetap parti kuat dan berpengalaman.

    BalasPadam
  8. Serba sedikit pasti Lajim akan menjejaskan BN, cuma BN menafikannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samada BN terjejas atau tidak, kita lihat la nanti.. keluarnya Lajim dari BN membawa banyak persoalan dan keraguan, bukannya jawapan..

      Padam
    2. Lajim & Bumbering sudah lama berkhidmat dalam politik, pasti ada kelompok yang memberi sokongan.

      Padam
  9. BN menghadapi cabaran yang semakin giat dari pembangkang.

    BalasPadam
  10. ingat Najib boleh kawal semua pemimpin2nya?? sedangkan Anwar juga tidak mampu mengawal pemimpin2 Pakatan yang jumlahnya tidaklah begitu ramai berbanding dengan BN..

    BalasPadam
  11. Lajim keluar dari BN bukan sebab kegagalan BN atau Najib atau Musa Aman, sebalik memang itulah wajah sebenar Lajim yang tamakkan kuasa..

    BalasPadam
  12. ketika zaman PBS, Lajim juga melakukan perkara yang sama kerana tidak diberikan peluang menjawat jawatan timbalan ketua menteri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah lajim benar berkeupayaan menjawat Timbalan KM? Jika benar, kenapa tidaknya beliau? Ada kelemahan?

      Padam
  13. sebelum Lajim keluar, Anwar ada berjumpa dengan beliau.. apa agaknya yang dibincangkan sehingga Lajim sanggup keluar parti dan menyokong parti yang selama ini dia kutuk?? mungkinkah jawatan timbalan perdana menteri??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agenda yang tidak diketahui. Yang penting, Lajim masih bersama rakyat dan sanggup memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

      Padam
  14. keluarnya Lajim dan beberapa pemimpin dalam BN tidak akan menjejaskan BN.. sebelum ini situasinya lebih teruk dimana sebuah parti keluar meninggalkan BN.. tapi sehingga hari ini BN masih kukuh..

    BalasPadam
  15. pandangan saya, Pakatan yang paling lemah sekarang.. sebab itu Anwar terpaksa "memancing" pemimpin2 BN di sabah.. kalau harap sokongan rakyat kepada Pakatan, memang tidak ada harapan la.. sebab itu dia hasut pemimpin2 BN supaya menyertai Pakatan.. dengan cara ini Pakatan bolehlah menggunakan sokongan sedia ada pada pemimpin2 BN itu..

    BalasPadam
  16. Keluar dan masuk parti satu kebiasaan dalam politik. Cuma ada golongan memperbesarkan isu ini.

    BalasPadam
  17. Biasa dalam politik tiada yang kekal sebagai kawan atau pun lawan yang penting ada kepentingan

    BalasPadam
  18. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability. He said the people realised that the BN was not a government that liked to play politics that was populist in nature nor made promises that were unrealistic.

    BalasPadam
  19. BN are capable of doing what has been promised, thus will implement them as the government.He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

    BalasPadam
  20. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.“The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.

    BalasPadam
  21. Najib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.“I have told my wife that my days are getting longer and my nights shorter. But it is alright for the sake of the people,” he added.

    BalasPadam