Khamis, Ogos 23, 2012

‘SABAH REFORM FRONT’ BUKAN PERTI POLITIK - BUMBURING

SRF BUKAN PARTI POLITIK

Oleh : MUTALIB M.D

MANTAN Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing meminta media dan pemimpin politik di Sabah tidak membuat spekulasi berhubung hala tuju beliau dalam politik kerana beliau akan membuat pengumuman rasmi pada ahad ini.

Bumburing berkata demikian bagi mengulas artikel Free Malaysia Today (FMT) bertajuk 'APS, Bumburing’s New Vehicle'.

"Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front (SRF) bukanlah sebuah parti politik sebagaimana yang didakwa oleh FMT. SRF juga bukan satu organisasi yang akan ditubuhkan oleh saya,"

kata Bumburing yang menolak spekulasi pelbagai pihak terutama pemimpin BN dan pembangkang.

Tegas Bumburing, SRF hanyalah satu alogan untuk satu pergerakan politik yang akan berjuang bersama-sama dengan parti politik lain dalam Pakatan Rakyat.

"Seeloknya tunggulah saya buat pengumuman rasmi pada ahad nanti dan menjelaskan halatuju politik pergerakan ini," kata Bumburing yang mengakui terus mengekalkan hubungan baik dengan pemimpin UPKO sekalipun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.

SRF juga kata Bumburing, tidak ada kaitan langsung dengan Dr Jeffrey Kitingan atau STAR.

"Oleh itu, saya menyeru kepada pihak tertentu, khususnya mereka yang gemar membuat laporan berasaskan andaian untuk mendapat fakta sebenar sebelum menerbitkan laporan mereka," kata Bumburing yang menghargai peranan media yang menjaga kredibiliti dan profesionalisme mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan