Isnin, Ogos 27, 2012

DOMPOK SOKONG KAJI SEMULA UNDANG-UNDANG ANTILOMPAT PARTI SECARA BERSYARAT

Dompok Sokong Kaji Semula Undang-Undang Antilompat Parti Secara Bersyarat

PENAMPANG Ogos 27, 2012: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata beliau bersetuju undang-undang antilompat parti dikaji semula, "dengan syarat mereka yang menukar parti, tidak dihalang daripada menjadi calon pada pilihan raya kecil".

Kata beliau peruntukan sedia ada yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri yang meletak jawatan, hilang kelayakan untuk bertanding sebagai anggota Dewan Rakyat (atau dewan undangan negeri) bagi tempoh lima tahun, mulai tarikh beliau meletak jawatan.

"Adalah sesuatu yang amat malang sekiranya seseorang wakil rakyat yang meletak jawatan atau dipaksa meletak jawatan kerana sebab tertentu dan selepas itu, menyertai parti lain, tidak dibenar menawarkan diri untuk menjadi calon pada pilihan raya kecil yang diadakan selepas itu.

"Ya, kita boleh wujudkan undang-undang antilompat, tapi berilah kebenaran kepada mereka yang melompat itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)Getah bagi daerah Penampang di Kampung Timpangoh, Sugud, dekat sini Isnin.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi, berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan DAP Pulau Pinang baru-baru ini untuk menggubal undang-undang antilompat parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini dipetik sebagai berkata negeri itu bercadang menggubal undang-undang antilompat parti November ini, menjelang berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April tahun depan.

Pada Ahad, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilaporkan berkata cadangan menyemak semula undang-undang antilompat parti mempunyai merit kerana ia boleh menghalang seseorang ahli politik daripada menukar parti selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan PBS di Sabah pernah menggubal undang-undang seperti itu pada 1980-an, tetapi diisytihar bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia menghalang kebebasan seseorang untuk berpersatuan.

Pada asasnya, undang-undang antilompat parti bertujuan menghalang wakil rakyat, yang menang pada pilihan raya atas tiket sesuatu parti politik, melompat ke parti lain.

Mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa kedudukan mereka semakin kuat di Sabah, Dompok berkata nasib Barisan Nasional (BN) hanya boleh ditentukan oleh rakyat Sabah melalui peti undi.

"Sesiapa saja boleh membuat dakwaan seperti itu, tapi akhirnya, rakyatlah yang membuat keputusan muktamad melalui peti undi. Seperti parti lain, kami juga menghadapi cabaran untuk mempertahankan pemerintahan BN pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Mengenai Upko pula, beliau berkata parti itu tetap wujud dan kukuh, walaupun ditinggalkan beberapa pemimpinnya, termasuk bekas timbalan presiden Datuk Seri Wilfred Bumburing dan naib presiden Senator Datuk Maijol Mahap, yang kini menyokong pakatan pembangkang.

Anggota Parlimen Penampang ini juga menyangkal dakwaan bahawa ramai anggota parti itu menyertai pembangkang.

Ditanya sama ada mesyuarat agung Upko pada 24 Ogos membincangkan kedudukan parti itu dalam BN, Dompok berkata perkara itu tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.

Beliau berkata senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi yang diperuntukkan kepada Upko, termasuk kerusi Parlimen Tuaran, telah diserahkan kepada kepimpinan BN untuk tindakan selanjutnya.

----------------

No need for anti-hop law – Azizah

28 ulasan:

  1. Sokong..Memang sokong dikaji semula cadangan mengenai undang-undang anti-lompat ini. Cara penyelesaian yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Perkara yang baik rasanya patut kita sokong. jadi teruskan usaha mencari yang terbaik.

    BalasPadam
  3. I think this count as fair and square enough.

    BalasPadam
  4. Saya percaya dengan cadangan Dompok ini pasal kalau sudah lucut jawatan, mesti tunggu selepas 5 tahun baru boleh bertanding balik.

    BalasPadam
  5. Anti hop law by Lim Guan Eng is a waste of time.

    BalasPadam
  6. I don't buy Lim's suggestion. He's just desperately wants to protect his position.

    BalasPadam
  7. Perumpamaan yang sesuai untuk pembangkang ini ialah tak ubah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

    BalasPadam
  8. tajuk di atas memang sesuai

    BalasPadam
  9. cadangan menyemak semula undang-undang antilompat parti mempunyai merit kerana ia boleh menghalang seseorang ahli politik daripada menukar parti selepas dipilih sebagai Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri. ==> sokong

    BalasPadam
  10. memang ada kebenarannya ==> undang-undang antilompat parti bertujuan menghalang wakil rakyat, yang menang pada pilihan raya atas tiket sesuatu parti politik, melompat ke parti lain.

    BalasPadam
  11. asetuju, nasib BN hanya boleh ditentukan oleh rakyat Sabah melalui PRU13.

    BalasPadam
  12. ya, rakyatlah yang membuat keputusan muktamad

    BalasPadam
  13. laksanakan saja la cadangan ini.. confirm selepas ini makin berkurang katak di negara ini.. sebab masing2 mahu jaga kepentingan..

    BalasPadam
  14. Under the current provision of the federal constitution, he said a member of parliament or state assemblyperson who resigned was disqualified from contesting as a member of the House of Representatives (or state legislative assembly) for a period of five years, effective from the date of resignation.

    BalasPadam
  15. It is very unfortunate that an elected representative who resigns or is forced to resign for some reasons and subsequently joins other party, is not allowed to offer himself as candidate in the ensuing by-elections.

    BalasPadam
  16. "Yes, we can have an anti-hopping law but allow those who are hopping to stand for a by-election," said Dompok.

    BalasPadam
  17. Joseph Pairin Kitingan also opined there was merit in bringing about a review of the anti-hopping law to stop politicians from changing parties after being elected to parliament or state assemblies.

    BalasPadam
  18. The anti-hopping law is basically aimed at curtailing elected representatives, who won the election on a certain political party ticket, to cross over to another party.

    BalasPadam
  19. The people will punish the three politicians in Sabah who defected as the community in the state does not tolerate “party-hoppers”, said Parti Bersatu Sabah (PBS) deputy president Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    BalasPadam
  20. Ongkili, who is also science, technology and innovation minister, said the KadazanDusun Murut (KDM) community has traditionally been critical of leaders who defect, in reference to the recent crossovers by Sabah MPs Datuk Wilfred Bumburing (Tuaran), Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) and Senator Datuk Maijol Mahap.

    BalasPadam
  21. In 1999, we had state election for the first time after the (1994) hopping.

    BalasPadam
  22. In 1999, we had state election for the first time after the (1994) hopping.

    BalasPadam
  23. Except for Lajim, Wilfred and (Tan Sri Bernard) Dompok became victims (of an unhappy electorate).

    BalasPadam
  24. He (Dompok) was chief minister, and Bumburing was deputy chief minister; that’s how Sabah people mete out punishment to people without principles,” he said after signing a memorandum of understanding on science and technology cooperation between Malaysia and Mozambique.

    BalasPadam
  25. Ongkili also criticised Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim for saying more crossovers are expected from Sabah BN leaders.

    BalasPadam
  26. “They are just there for political expedience and we must reject this culture, we must reject this kind of behaviour.

    BalasPadam
  27. “They are just there for political expedience and we must reject this culture, we must reject this kind of behaviour.

    BalasPadam