Khamis, Julai 05, 2012

JANGAN TERPENGARUH MAKLUMAT PALSU DALAM LAMAN SOSIAL

Jangan terpengaruh maklumat palsu dalam laman sosial

RANAU 5th July, 2012: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dalam laman sosial seperti Facebook.

Ketua Umno Bahagian Ranau Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana kebanyakan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial itu adalah kurang tepat dan maklumat palsu.

“Kita haruslah bersedia untuk membidas komen-komen negatif dengan jawapan-jawapan berdasarkan fakta dan benar.

“Saya percaya anda semua (ahli-ahli Puteri Umno) cukup matang menilai maklumat yang benar dan salah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Ranau, di Dewan Perpustakaan Ranau, di sini, baru-baru ini.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan turut menyeru barisan kepimpinan muda Puteri Umno daerah itu supaya menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab.

“Puteri Umno merupakan golongan pengerak kepada transformasi negara dan akan menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin masa sekarang untuk menerajui kepimpinan di masa akan datang.

“Oleh itu saya berharap para pemimpin Puteri Umno di daerah ini dapat memikul tanggungjawab itu dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa.

“Resepi kepimpinan yang unggul ialah apabila kita menjadikan kerjaya kita sebagai sebahagian daripada amal ibadah dan menjadikan kerjaya politik sebagai tuntutan agama agar perjalanan kerja kita sentiasa ke arah jalan yang benar,” katanya.

Masidi turut memuji semangat dan kerjasama Puteri Umno Ranau kerana sentiasa memperjuangkan nasib rakyat dan parti.

Mesyuarat itu dihadiri lebih 100 perwakilan Puteri Umno Ranau. Turut hadir Ketuanya Selhajini Rasmin.

8 ulasan:

  1. There are many unproven facts on the internet that cannot be fully trusted, the readers needs to make their own judgement without falling for baseless rumors.

    BalasPadam
  2. Datuk Masidi is right, we should not be easily influenced by whatever we read in the alternative media.

    BalasPadam
  3. kita perlu bijak dalam menilai semua maklumat yang ada dalam laman sosial. jgn mudah terpengaruh.

    BalasPadam
  4. Itu sudah pasti. Jangan terpedaya dengan semua yang dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Namun kerajaan pada masa yang sama juga perlulah membuktikan yang mana mereka mampu membuat yang terbaik kepada rakyat.

    BalasPadam
  5. laman2 sosial ni memang mudah sangat dimanipulasi dan memanipulasi rakyat. jadi,kena hati2.

    BalasPadam
  6. pemimpin2 kerajaan juga perlu cepat tampil memberikan penjelasan setiap kali ada tuduhan2 dibuat oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab..

    BalasPadam
  7. Kerajaan sentiasa berusaha keluarkan rakyat Sabah dari garis kemiskinan.

    BalasPadam
  8. Rakyat juga perlu berusaha untuk maju

    BalasPadam