Jumaat, Julai 06, 2012

BLOGGER UNCLE SEEKERS DIREMAN

Uncle Seekers ditahan

TAHAN...Syed Abdullah  direman untuk membantu siasatan.

TAHAN...Syed Abdullah direman untuk membantu siasatan.

JOHOR BAHRU: Polis menahan pengamal paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein, 46, yang juga pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com. berkaitan kenyataannya yang didakwa memfitnah dan memburukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, malam kelmarin.

Dalam tangkapan pada jam 9.45 malam itu, Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, ditahan bersama seorang wanita berusia 26 tahun di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

“Suspek ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Viva bersama wanita terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 susulan laporan yang kami terima pada 13 Jun lalu,” katanya di sini, semalam.

Oleh Siti Nadirah Hafidzin

-------------------

Uncle Seekers Didapati Positif Dadah - Polis Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan