Jumaat, Julai 06, 2012

ANGKARA CINTA ISTERI ORANG LELAKI DIPUKUL MATI

Kontraktor meninggal dunia akibat dipukul

BEAUFORT 6th July, 2012: Seorang kontraktor Hassan Bin Tahir, 55, berasal dari Kampung Pimping Membakut disahkan meninggal dunia akibat dipukul oleh seorang lelaki dalam kejadian pada petang Rabu.

Suspek yang berumur 55 tahun berasal dar Kampung Kota Klias yang bekerja di Jabatan Tanah dan Ukur kemudiannya berjaya diberkas oleh pihak Polis pada hari yang sama kira-kira jam 10 malam di sekitar pekan Beaufort.

Ketua Polis Daerah DSP Mustaffa Maarof Bin Mustaffa yang mengesahkan demikian pada Khamis dan memberitahu kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang

Menurut siasatan awal polis, mangsa telah dipukul oleh suspek semasa mangsa berurusan di Pejabat Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di sini.

Mangsa yang dipukul telah melarikan diri dan setibanya di perkarangan Pusat Giat Mara telah tersungkur dan pelatih-pelatih yang melihat mangsa berlumuran darah itu telah mengejarkannya ke Hospital Daerah Beaufort namun mangsa telah disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala dan dipercayai dipukul dengan benda keras,” katanya

Menurut siasatan awal polis, motif pembunuhan adalah cemburu apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Mustaffa Maarof memberitahu suspek kini ditahan reman mulai 5 Julai hingga 7 Julai dan akan didakwa di bawah Seksyen 302 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizebath pagi kelmarin (Khamis) untuk bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

Selesai bedah siasat anggota keluarga mangsa telah menuntut mayatnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Firdausi Kampung Pimping Membakut sebelum solat Asar.

Allahyarham Hassan adalah salah seorang ketua cawangan Umno di Kampung Pimping dalam kawasan DUN Membakut dan Parlimen Kimanis.

Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Beaufort sebelum persempadanan semula pilihan raya 2004.

-------------

Angkara cinta isteri orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan