Wanita Maut Ditetak Dua Warga Asing
KUALA LANGAT Mei 10, 2012: Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi Khamis, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.
"Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan," katanya di sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.
"Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang," katanya.
Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.
-------------
Hopefully the police will do their best to crack this case and find out the suspect.
BalasPadamSemoga pembunuh yang terlibat dalam kes ini akan dikenakan hukuman yang berat.
PadamCondolence to the victim's family.
BalasPadamSemakin menjadi2 pula pembunuhan kejam di negara ni. patutlah penjara pun penuh sudah dengan warga asing.
BalasPadamSedangkan anak pun sanggup mengelar leher bapanya inikan pula dengan yang tiada kaitan persaudaraan langsung.
BalasPadammanusia ni kalau sudah marah, hilang kewarasan akal fikiran.. bila sudah buat baru menyesal..
BalasPadamTu namanya pendek akal, dan membiarkan emosi mengawal diri.
Padamwarga asing ni sikit2 nak membunuh. mereka ni benar2 bikin takut.
BalasPadamJenayah semakin menjadi-jadi. Pihak polis harus kerap meronda tempat2 yang boleh berlaku kejadian jenayah
BalasPadamWarga asing lagi..Tidah habis-habis isu warga asing melakukan jenayah.
BalasPadamPihak polis perlulah menguatkan lagi usaha membenteras kes jenayah. Harap hukuman lebih berat akan diberikan kepada penjenayah.
BalasPadamLagi, kehadiran warga asing aman membencikan.
BalasPadamIni menguatkan lagi alasan untuk RCI ditubuhkan.
BalasPadamJenayah yang mengaitkan warga asing semakin berlelusa.
BalasPadam