Khamis, Mei 10, 2012

PENEROKA FELDA DAPAT RM1.6 BILION

PENEROKA FELDA DAPAT RM1.6 BILION

JERANTUT 9th May, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.

Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari kelmarin.

“Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai ‘durian gugur’ iaitu tabung amanah, ‘blue form’ untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.

Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVHdan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

“Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi”.

Najib berkata setiap peneroka akan menerima ‘blue form’ untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan.

Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

“Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini,” katanya.

Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.

“Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM,” katanya sambil berseloroh.

Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia.

------------------

PITY SABAH LOSING ON EVERY ENDS

FELDA SHOULD RETURN 306,000 ACRES TO SABAH

21 ulasan:

  1. Hopefully the RM15,000 which will be distributed in 3 phases will be reach the settlers, wives and second generation of Felda settlers as promised.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap tiada yang tercicir dalam pemberian durian runtuh ni. Rasanya semua peneroka berhak untuk mendapatkannya.

      Padam
  2. It has been 56 years since Felda was established, hopefully they will continue to help the settlers make a better living for themselves.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Felda must help the settlers resolve the problems they are facing.

      Padam
    2. Banyak isu yang timbul berhubung dengan FELDA yang dikatakan sudah lari dari objektifnya dan melanggar perjanjian yang sudah dipersetujui bersama dengan peneroka. harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

      Padam
    3. teruskan usaha agar felda lebih maju.

      Padam
  3. Good news for the Felda Settlers this time, they finally be able to reap what they sow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap keadaan seperti ini akan berterusan kepada peneroka.

      Padam
  4. Tahniah kepada para peneroka kerana akhirnya mendapat pulangan setelah lama berusaha. Semoga ini akan memberi dorongan kepada generasi baru untuk teruskan usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, peneroka guna la tu duit sebaik mungkin

      Padam
    2. Kalau bukan kerana tanah peneroka jadi cagaran dalam penyenaraian FGVH,rasanya dapatkah mereka durian runtuh seperti ini??

      Padam
    3. pulangan ini memberikan manfaat kepada golongan peneroka.

      Padam
  5. Banyaknya, memang durian runtuh la bagi para peneroka

    BalasPadam
  6. ini mmg durian runtuh untuk peneroka Felda. ia pasti menggembirakan peneroka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ini durian runtuh untuk golongan peneroka.

      Padam
  7. pengumuman yang menggemirakan golongan peneroka.

    BalasPadam
  8. Kerajaan nampaknya telah memberikan yang terbaik kepada warga felda atas durian runtuh itu.

    BalasPadam
  9. Felda terbukti berjaya meningkatkan taraf hidup para peneroka.. kejayaan Felda ini adalah mimpi negri bagi pemimpin pembangkang yang berangan2 mahu merampas kerajaan..

    BalasPadam
  10. Bagus ada peningkatan. Semoga ini akan terus berkembang.

    BalasPadam
  11. Kepada peneroka felda, anda tahu siapa yang terbaik dalam membantu anda menyelesaikan masalah.

    BalasPadam
  12. Semoga keadaan akan sentiasa baik dan tidak ada alasan untuk pembangkang mencari kelemahan kerajaan.

    BalasPadam