Khamis, Mei 10, 2012

DURIAN RUNTUH DARI WANG PENEROKA SENDIRI

Durian runtuh dari wang peneroka sendiri

Wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

PETALING JAYA May 9, 2012: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.

Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

“Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Menurut beliau, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga RM4.65 se saham ketika Tawaran Awam Awal – TAA (Initial Public Offer – IPO).

“Ini bermakna, ia akan menjana sebanyak RM10.18 bilion,” terang beliau.

Dari jumlah ini katanya, Felda akan mendapat RM5.62 bilion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda.

FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.

Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka.

Menurut beliau, baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun.

“Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan dua tahun sahaja. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB,” katanya.

Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya.

“Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka,” ujar beliau.

Rugi sebelum disenarai

Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.

Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negara dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu diskaun 20.5%.

Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham.

Ketika itu katanya, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.

Kroni Umno untung besar

Dr Rosli mendedahkan bahawa pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), majoritinya kroni pemerintah dan penama Umno bakal mengaut untung besar.

Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumplan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 atau RM4.65 se saham.

“Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil,” katanya.

Menurut beliau, pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli daripada mereka.

“Inilah dana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk Umno,” ujar beliau.

Beliau berkata, bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham.

“Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak.

“Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam,” ujar beliau lagi.

Hilang dividen 15% setiap tahun

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyifatkan durian  runtuh kepada warga Felda sebanyak RM15,000 untuk sebuah keluarga adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi hasil penyenaraian FGVHB nanti.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

“Felda memberikan dividen yang tertinggi di negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

“Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,” katanya pada sidang media di JKR 10 selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan, di Kota Baharu petang semalam.

Husam yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik FGVHB.

“Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVHB yang disenaraikan,” ujarnya.

Semalam Najib mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion untuk 112,635 peneroka generasi pertama bersama keluarga di seluruh negara pada Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8, Pahang.

Jamilah Kamarudin

--------------------------

20 ulasan:

  1. Is it true that after the Felda settlers was paid the RM15,000 they will no longer be paid the 15% dividend per year? Felda, please step up and explain this.

    BalasPadam
  2. Hope that Felda would be fairer to the settlers as they have all worked hard in this. They deserves to be paid for all their efforts.

    BalasPadam
  3. Peneroka berhak mendapatkan wang tersebut. harap FELDA dapat menyelesaikan isu yang dihadapi oleh peneroka dengan berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Felda is responsible to the settlers, hopefully the problems faced will be resolved.

      Padam
  4. Durian runtuh yang dijanjikan oleh PM.

    BalasPadam
  5. Wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

    Walaupun begitu, tetapi mereka tetap mendapat keuntungan daripada hasil titik peluh sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, yang penting hasil itu halal dan beruntungla mereka mendapat durian runtuh ini.

      Padam
    2. ya, yang penting hasil ini dapat dinikmati oleh golongan penoroka.

      Padam
  6. Janji2 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji yang diberikan memang wajar dipenuhi untuk kebaikan rakyat.

      Padam
  7. Syabas kepada Felda dan tahniah kepada para peneroka kerana akhirnya mendapat pulangan setelah lama berusaha.

    BalasPadam
  8. peneroka Felda amat brtuah kerana mendapat durian runtuh tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..golongan peneroka amat bertuah sekarang ini.

      Padam
  9. Yang penting peneroka FELDA beruntung mendapat durian runtuh ini.

    BalasPadam
  10. Janji yang di beri oleh kerajaan telah di laksanakan.tapi biasalah masih ada pihak juga tidak berpuas hati.

    BalasPadam
  11. ada saja pihak yang memainkan isu untuk cuba mempengaruhi rakyat.

    BalasPadam
  12. apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang ini pasti menggembirakan golongan peneroka.

    BalasPadam
  13. Terima kasih kepada kerajaan atas pemberian tersebut kepada warga Felda.

    BalasPadam
  14. bagaimana pula dengan pekebun kecil kelapa sawit yang lain? adakah mereka boleh memperolehi durian runtuh seperti ini?? ini yang perlu dilihat oleh para peneroka felda.. jangan sekali2 terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang tidak suka melihat peneroka menerima durian runtuh dari kerajaan..

    BalasPadam
  15. kalau benarpun itu adalah hasil titik peluh peneroka, maka memang tepat la tindakan felda memberikan hasil itu kepada mereka semula.. tidak seperti kerajaan pakatan.. sanggup menggunakan titik peluh rakyat untuk membiayai kos guaman adun seri muda dan membiayai peserta2 perhimpunan haram..

    BalasPadam