Khamis, Mei 24, 2012

PEKERJA BANGLADESH PERKOSA REMAJA DIJEL 10 TAHUN, 3 SEBATAN

Pekerja Bangladesh perkosa remaja dijel 10 tahun, 3 sebatan

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol remaja tempatan berusia 16 tahun, di stor sebuah kedai borong di Batang Kali, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Jasim Kuddus, 26 selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Slamat dalam penghakimannya berkata, mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh bahawa dia tidak melakukan perbuatan rogol itu.

Katanya, pihak pembelaan juga tidak dapat mengemukakan alibi untuk menyokong penafiannya.

Sepanjang perbicaraan, sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Jasim didakwa merogol mangsa yang juga pembantu kedai di Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor kira-kira 1.30 tengah hari, pada 19 November 2010.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Gurmit Singh Hullon yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya ditahan reman sejak ditangkap pada 25 November 2010.

Beliau berkata, tertuduh sedar, insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

Katanya, anak guamnya memohon peluang untuk menerima hukuman ringan supaya dapat menjalani hidup baru bersama keluarga di negara asalnya.

“Tertuduh juga sudah memohon maaf terhadap mangsa dan keluarganya atas perbuatannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kekerasan dialami mangsa pada masa kejadian.

Selain itu katanya, ia bagi melindungi kepentingan awam terutama dengan peningkatan kes rogol yang kerap dilaporkan menerusi media.

“Sebagai warga Bangladesh, tertuduh datang ke negara ini untuk mencari rezeki, sebaliknya mencabuli undang-undang dengan merogol mangsa,” katanya.

---------------

Pendatang ugut terjun bumbung

Curi berlian kerana anak sakit

Meracau mabuk dadah pecah

Janda tua kaya rugi RM5 juta

7 ulasan:

  1. Pihak imigresen perlulah berhati-hati bila membenarkan kemasukan pekerja asing seperti ini, mereka yang mempunyai perwatakan yang bermasalah dan latar belakang jenayah perlulah disekat daripada memasuki negeri kita.

    BalasPadam
  2. Usaha yang tegas untuk menyekat pekerja dan pendatang asing yang bermasalah amat penting demi menjaga keselamatan rakyat dan keamanan negeri kita.

    BalasPadam
  3. makin byk kejadian rogol terutamanya melibatkan warga asing, ini benar2 membimbangkan.

    BalasPadam
  4. kenapa perlu ringankan hukuman?? tahupun dia ada keluarga di negara asal, tapi masih juga mahu buat jenayah..

    BalasPadam
  5. Warga asing lagi.. Apa pun yang pasti undang-undang tetap ada bagi penjenayah.

    BalasPadam
  6. Orang asing sahaja yang melakukan jenayah!

    BalasPadam
  7. bukan hukuman bagi kes rogol sepatutnya lebih berat dari itu ka?? kalau mahu membanteras jenayah rogol ini, hukuman perlulah berat, tegas dan tidak ada istilah rayuan..

    BalasPadam