LIGS dijangka majukan 7,000 hektar
KOTA KINABALU 22nd May, 2012: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dijangka akan memajukan kawasan seluas 7,000 hektar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM73 juta pada tahun depan.
Pengerusinya Ahmad Haji Bujang berkata, tanaman getah itu akan melibatkan lebih kurang 2,500 pekebun kecil di negeri ini.
“Pada tahun ini, LIGS sedang melaksanakan program tanam baru dan tanam semula getah di kawasan seluas 6,392 hektar yang menelan belanja sebanyak RM40.6 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari LIGS dengan ketua-ketua pengarah dan ketua-ketua biro media massa bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin, di Pasific Sutera, di sini, kelmarin.
Majlis anjuran LIGS, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Bobbey A.Suan, Pengurus Besar LIGS, Datuk Harris Mathews dan pegawai kanan agensi itu.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata, pada masa ini, LIGS sedang mengorak langkah ke hadapan untuk merubah imej dan mewujudkan persekitaran baru supaya rakyat khususnya para pekebun kecil getah di Sabah dapat menerima pembangunan yang dinamis.
“Cabaran alaf baru menuntut semua lapisan masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam apa sahaja bidang yang diceburi sebagai persediaan menghadapi cabaran dalam dunia siber yang semakin canggih.
“Sesuai dengan arus pemodenan pembangunan terutama dalam pembangunan ekonomi rakyat di negeri ini, khususnya kepada pekebun kecil getah, sudah tentu gandingan tenaga semua pihak amat penting,” katanya.
Beliau berkata dunia tanpa sempadan pada masa kini telah mengaplikasikan kecanggihan teknologi dan sistem maklumat untuk meningkatkan sistem penyampaian.
“Kecanggihan teknologi membawa kepada wujudnya pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat yang mana para pekebun kecil getah dapat memperoleh maklumat dengan mudah dan pantas serta mereka akan lebih terdedah kepada isu-isu semasa yang melibatkan pekebun kecil getah di negeri ini,” katanya.
Sehubungan itu Ahmad menyeru pengamal media di negeri ini menggunakan sumber-sumber penyaluran maklumat agar para pekebun kecil dapat menerima segala maklumat yang mereka perlukan.
“Majlis seumpama ini antara medium terbaik LIGS dan pihak media mengekalkan kerjasama mesra dan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin serta mengembangkan idea bagi mengenalpasti pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha menyahut seruan kerajaan agar “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”,” katanya.
Beliau berharap hubungan baik antara LIGS dan media akan terus dikekalkan bagi memudahkan penyaluran maklumat terkini mengenai LIGS kepada masyarakat khususnya pekebun kecil getah.
---------------
Rubber board makes RM30m pre-tax profit
"The pre-tax profit of RM30 million is a good sign that the agency is beginning to progress after suffering losses for several years,"
Chairman Ahmad Bujang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan